orang sedang baca :)

Friday, July 18

Semaknya rasa~!

Assalamualaikum..

Hari ni mungkin akan ada banyak entry. Sebab hari Jumaat mood agak berlainan sikit. Baahaaa! Sebenarnya nak berkongsi sikit rasa kerimasan yang saya alami. Ya, hujung tahun lepas pernah cuba untuk cari jodoh kat satu page ni. Memang tak dinafikan ramai yang add FB saya. Masa tu hp tak berhenti bunyi masuk notifications friend request. Sampai hanged hp ni. Saya biarkan sampai habis semua notifications masuk. Seribu lebih friend request yang masuk. Cuba bayangkan nak tapis satu-satu macam mana? Hoh! Jadi apa yang saya buat, saya approve semuanya. Yaaaa semuanya! Tapi yang mana guna gambar sendiri la. Yang mana guna gambar kartun la, permandangan la. Reject siap-siap~

Mesej kat inbox pula jangan cakap. Berlambak-lambak! Sampai sekarang masih ada mesej yang lama-lama saya tak buka dan baca. Baahaaa~ Macam mana la nak layan semua? Tak reti sebenarnya. Sebab saya ni kan jenis setia! Cewahh~ Hati ada kat orang lain masa tu. Haishhh! Jadi, bermacam-macam mesej pula yang datang lepas tu. "Farah ni sombong la" "dah add pastu senyap" "bajet femes la minah ni" dan bermacam lagi yang saya dapat. Aduhh~ Sungguh! Saya tak pandai nak melayan banyak-banyak. Kalau yang kenal menang saya akan balas.

Dan sekarang, penyesalan tiba-tiba datang. Terasa rimas ya amat! Tak tahu dari mana nak mula untuk delete orang-orang yang tak berkenaan. tapi tak dinafikan dari situ memang boleh buat kawan baru. Ada beberapa orang yang saya kenal. Tadi pagi terima lagi satu mesej cakap kenapa saya sombong sangat. Duh! Terfikir satu jalan. End up saya balas macam ni. "Maaflah, saya dah berkahwin sebenarnya." Tapi masih dia tak percaya. Oihh~ Terus saya balas, "kalau nak pengesahan boleh tanya sendiri dengan Sulaiman suami saya. Boleh cari dia dalam friendlist saya." Bahaaa~ Sulaiman gak jadi mangsa. Kikikihhh! Akhirnya terus senyap. Fuhhh legaaaa!

Sekarang ni kat Beetalk pulak. Banyaknya laaa request yang masuk. Kebanyakannya dalam kawasan yang terdekat dengan kita. Kena tapis-tapis jugak. Kalau kat Komtar ni macam agak was-was sikit. Takut tiba-tiba orang dalam Komtar jugak yang hantar request. And guess what.. memang betul pun. T-T Ramai juga budak-budak komtar dok berbeetalk ni. Cuma sorang je yang saya kerap terserempak dalam lift. Baahaaa! Yang lain-lain tak pernah terserempak lagi. Bahaya aihhh! Satgi tiba-tiba terchoiiihh kat kaunter office ni. Kikikihhh~ :D

Banyak pulak cerita hari ni. Nanti sambung lagi okay~ :D

No comments: