orang sedang baca :)

Friday, July 18

#MH17 : Dugaan buat rakyat Malaysia

Assalamualaikum..

Pukul 2.30 pagi saya terjaga dari tidur. Tergerak hati nak buka FB. Dah sangat terkejut bila terbaca tentang penerbangan MH17 yang terhempas di sempadan Russia-Ukraine akibat ditembak. Terkedu sekejap. Ya Allah.. Tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tu. Terus tak boleh nak tidur balik. Yaa.. Ini dugaan yang Allah beri pada kita. Dalam tahun ni saja dah dua dugaan Allah turunkan pada kita. MH370 masih belum jumpa penyelesaiannya, sekarang diduga pula dengan isu MH17. Allah lebih mengetahui sebab Allah adalah sebaik-baik perancang.

Saya ada melihat video-video berkenaan MH17 yang dikongsi di FB. Allahu Robbi.. sangat menyayat hati. Mayat-mayat berkecai dan bergelimpangan di kawasan kejadian. Difahamkan semuanya meninggal dalam insiden itu. Penumpang adalah seramai 298 orang. 45 orang di antaranya adalah rakyat Malaysia. Mereka menyatakan telah memberi amaran jangan melalui ruang udara mereka. Tapi bagi saya itu tidak bermakna mereka boleh sewenang-wenangnya menembak ke arah penerbangan awam. Adakah amaran itu diwar-warkan pada semua atau hanya pada musuh mereka? Hmmmpphh..

Semoga ahli keluarga mangsa insiden MH17 sabar dan tabah menerima. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya juga sangat bersimpati atas kejadian yang berlaku ini. Takziah dari saya sendiri. Al-fatihah buat mangsa-mangsa MH17 yang beragama Islam. Semoga ada tindakan yang sewajarnya dalam membela nasib mangsa yang terlibat.


No comments: