orang sedang baca :)

Wednesday, February 6

Trip to Bandung 22/1/13 - 26/1/13 Part 2

Post ini sambungan dari yang sebelum ni...

Kami sampai di Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung dalam pukul 4 lebih. Kenapa macam tipu? Sebelum ni aku cakap penerbangan ambil masa selama 2 jam 5 minit. Ini kerana waktu di Indonesia lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Aku tak tipu la, jangan risau! Aku sarankan sampai saja di Bandung dan pintu kapal terbang dah buka, cepat-cepat la korang turun dan terus beratur untuk cop passport. Sebabnya airport di Bandung ni kecil dan tak banyak kaunter. Kami kena beratur panjang untuk passport dicop. Lepas tu baru boleh ambil bagasi korang. Nak tunggu bagasi pun satu hal juga sebab tersangat lembab mereka nak hantarkan beg-beg tu. Dekat setengah jam juga la kami tunggu untuk dapatkan semua beg masing-masing.

Setelah selesai semuanya, kami pun keluar ke tempat menunggu. Tinjau-tinjau juga kalau-kalau ada orang yang memegang nama kami untuk di bawa ke hotel. Oh ya! Kami akan menginap di Orange Homes sepanjang kami berada di Bandung. Setelah agak buntu di situ disebabkan tak ada orang yang memegang nama kami. Nasib baik ada seorang pakcik yang aku rasa memandu teksi bertanya pada kami menginap di hotel mana. Lepas kami beritahu kami akan tinggal di Orange Homes, dia terus telefon hotel tersebut. Katanya hotel tu banyak berurusan dengan dia. Dia beritahu kami yang pengurusan hotel minta kami untuk naik teksi ke hotel dan tambang akan dibayar oleh mereke. Cett! Kenapa la tak bagitahu awal-awal. Penat je tunggu lama-lama.


Sampai di hotel dan check in, kami rehat-rehat dulu di dalam bilik. Yang paling bestnya, kami dapat online terus dengan menggunakan wifi dari dalam bilik. Tak perlu ke lobby untuk dapatkan signal wifi. Heaven! Kami difahamkan, hanya bilik di tingkat satu sahaja yang dapat signal wifi. Gempak hokay. Nak beli mobile internet pun bukan boleh. Nak kena roaming bagai.


Inilah Orange Homes!
Tempat tinggal kami selama
kami berada di Bandung.
Cantikkan?
Di hadapan bilik kami terdapat kolam
ikan koi yang besar

Kolam ikan Koi
Ikan-ikan yang sentiasa kelaparan.
Nganga je mulut. Kesian!

Aku dan Nadie tinggal di bilik no 17
manakala, Nadia dan Fatiey di bilik no 18



Bila malam tiba, kami pun minta receptionist hotel untuk carikan kami teksi Blue Bird. Perut perlu diisi ye! Tak lama lepas tu, teksi pun datang. Kami minta pemandu teksi tu hantarkan kami ke BTC Fashion Mall. Malangnya tak ada kedai makan pun di situ. Kami berjalan-jalan di sekitar situ dan akhirnya ada satu restoren yang bernama Kabayan yang menyajikan makanan sunda. Kami cuba makanan kat situ dan rasanya tak menepati tekak aku. Harga pun boleh tahan mahal. Oh ya, sebelum tu kami ada tapau KFC semasa di BTC. Mana la tau kalau tengah malam lapar, ada juga benda boleh makan. Lepas makan kami pun cari teksi dan balik ke bilik untuk rehat. Keesokkan harinya kena bangun awal untuk ke Pasar Baru Trade Centre!



KFC di sana lebih sedap dari KFC kita
walaupun ayamnya kecil (mereka guna ayam kampung).
Nasi pulak nasi putih biasa ye.
Bukan macam nasi ayam KFC kita. :)
Saus sambal (sos cili) mereka tak sedap!

23/1/13

Seawal 8 pagi waktu Bandung kami dah siap untuk bersarapan. Kami tak perlu risau kerana sarapan pagi akan disediakan oleh pihak hotel setiap hari. Sarapan yang disediakan pula berbeza-beza setiap hari walaupun tak banyak pilihan. Tapi alhamdulillah masih boleh diterima oleh tekak aku.


Nasi goreng, Cucur tempe, keropok dan jus Markisa.
Selepas bersarapan, kami minta receptionist hotel untuk carikan kami teksi sekali lagi untuk hantar kami ke Pasar Baru. Semuanya kami gamble, sebab memang tak ada pengalaman langsung di Bandung. Sampai sahaja di Pasar Baru, ada beberapa security guard yang nasihatkan kami untuk berhati-hati dengan handbag sebab banyak pencopek katanya. Dan guard-guard yang ada sangat bagus sebab mereka akan hantar pelancong yang datang ke tempat yang kita nak pergi. Sangat membantu! 

Ramai menjaja yang keychain dan fridge magnet di sini. Mereka akan memaksa korang beli dari mereka. Kalau tak nak beli, keraskan hati cakap tak nak, kalau tak mereka akan ikut korang sepanjang korang kat sana. Rimas bukan? Begitu juga dengan yang menjual air. Kesian memang la kesian, tapi kebersihan tu korang kena ingat. Jangan main beli sebarangan. Sakit perut nanti siapa yang susah? Aku memang keras-keras tak nak beli. Pujuk la macam mana pun aku tetap takkan beli. Kental bukan? Diorang ni ingat aku banyak duit ke. Haishhh! Banyak lagi benda lain aku nak beli.

Di sini banyak kain yang murah-murah. Kain ela, kain lace, kain cotton, kain sulam dan macam-macam lagi semuanya murah. Aku pun tak lepaskan peluang beli kain lace dan kain cotton untuk dibuat baju raya nanti. Senang nanti dah tak payah nak beli dah. Aku belikan aku dan mama aku masing-masing 2 pasang. 1 pasang lagi aku bagikan pada Kak Yong. Kalau korang nak beli kain cotton yang berkualiti dan cantik, aku cadangkan korang ke SONA KEDAI COTTON yang terletak di lantai 2. Kata pemilik kedai tu, dia ambil kain-kain ni dari kilang yang sama jakel ambil. Dari cara percakapan pemilik kedai tu, aku rasa dia orang Malaysia yang berbangsa Singh la. Hehe. Kami sempat lunch di food court mereka. Menu yang aku pilih adalah Ayam Penyet. Ayam dorang kecil kot!

Pusing punya pusing, kami singgah di kedai Angel Textile. Wah! Orang-orang kat kedai tu bukan main kipas kami. Maklumlah kami ni kan jutawan segera kat sana. Haha! Layanan dorang memang tip top. Dorang akan usaha buka kain-kain yang ada untuk kami tengok. Kalau tak nak pun tak apa, dorang tak marah pun. Kalau kat Malaysia mau dah kena maki. Hehe! Siap bagi kami air mineral secara gratis tu. Kali pertama datang aku beli 2 pasang. Kawan-kawan yang lain pun ada beli juga di sini. Lepas tu kami cakap pada dorang kami nak jalan-jalan dulu. At last terpaksa juga datang sini balik sebab kedai lain mahal dari kedai ni. Hehe. Last-last semua beli kat sini je. Suka betul orang kedai ni bila kami datang. Korang boleh dapatkan kain lace dan kain inner sepasang dengan harga serendah 160000rp = rm48. Gila tak murah?!


Angel Textile, kedai ni jadi pilihan kami
sebab harga kedai ni sangat murah berbanding yang lain.

Acara survey menyurvey bermula

kain pelikat Gajah Duduk dan Gajah Berdiri
peliknya jenama dia. Hehe :p
Lepas dah memborong dan tawaf satu Pasar Baru, nasib baik ada seorang pembantu dari kedai Angel Textile tadi yang sudi angkat barang-barang kami yang banyak. Harus la kan, dah kami borong dari kedai dia! Sampai sahaja di bawah, kami perlu cari teksi secepat mungkin sebab ramai penjaja keychain yang serbu kami. Kami naik saja teksi yang ada di situ tanpa tengok teksi tu teksi Blue Bird atau tidak. Bila dah naik, ternyata itu bukan teksi Blue Bird kerana tak ada meter langsung! Dalam hati aku rasa mesti dia nak ketuk kami punya! Padahal aku dah ingatkan kawan-kawan yang lain kena hati-hati masa pilih teksi. Dan perkara tu betul-betul berlaku. Sampai saja di hotel dan tanya berapa tambang, kami kena bayar seorang 25000rp. Empat orang jadinya 100000rp. Mahal tu! Dalam hati memang aku dah maki-maki driver tu. Bila Fatiey tanya kenapa mahal sangat, katanya barang kami banyak. Kalau naik Blue Bird, tambangnya baru 25000rp sekali pergi. Cekik darah! Jadi, pada mereka yang nak naik teksi di sana, hati-hati ye! Sila pilih teksi Blue Bird sebab dorang memang takkan tipu.

Kami sampai di hotel agak petang juga waktu tu. Jadi kami bercadang untuk rehat sekejap dan keluar untuk dinner pula pada malam harinya. Dan malam tu kami ke Giant Hypermarket. Tak sangka pula sana pun ada Giant macam kita. Hehe. Di bawah Giant ada deretan gerai makan, aku dan Nadie pilih untuk beli Nasi Goreng Beda. Apa yang beda pun entah. Kami tapau bawa balik makan di bilik. Lebih selesa. Boleh makan sambil tengok tv. Nasi goreng tu boleh masuk ke tekak aku. Alhamdulillah.

Giant di Bandung

bersambung...


No comments: