orang sedang baca :)

Monday, October 14

'Guard' kesayangan saya

Hai.. Nama saya Guard.
Muka saya legend tapi hati saya cute.
Hehehe.

Assalamualaikum.. Agak lama tak update blog ni. Hampir terlupa blog ni masih wujud.

Kali ni nak cerita sedikit mengenai salah satu kucing yang mendapat perhatian saya. Kucing di atas ni saya terjumpa di KFC Batu Gajah pada bulan 3 yang lepas. Pada mulanya saya jumpa saya hanya usap-usap kepalanya. Rasa kasihan pun ada sebab dia seolah-olah minta makanan pada setiap orang yang keluar dari pintu KFC. 

Selang beberapa hari kemudian, saya ke KFC lagi dan kucing ini masih di situ. Meminta simpati dari semua orang yang keluar dari pintu KFC. Pada waktu tu jam lebih kurang 1 pagi lebih. Saya terus buat keputusan untuk bawa kucing ini balik rumah. Dalam hati saya kata, sekurang-kurangnya di rumah nanti ada juga makanan yang saya boleh bagi sebab saya memang selalu bagi kucing-kucing di kawasan rumah saya makan. Nama 'Guard' ni ayah saya yang bagi sebab kucing ni selalu berada di kawasan porch rumah seolah-olah menjaga kawasan rumah saya. 

Pada satu hari, Guard balik rumah dengan keadaan kaki terhencut-hencut. Rupanya kaki dia bengkak dan bernanah. Saya hanya letak minyak gamat. Tapi lama-lama kaki Guard semakin teruk dan berulat. Saya bawa ke klinik dan doktor ada letak ubat untuk matikan ulat-ulat dalam kakinya. Lepas beberapa hari, kaki Guard semakin pulih walaupun masih terhencut-hencut.

Tapi baru-baru ni, saya lihat kakinya kembali teruk. Bernanah hingga keluarkan bau yang sangat busuk. Kadang-kadang Guard tak balik rumah untuk makan. Risau saya masa tu Allah saja yang tahu. Pada malam itu juga saya cari Guard di kawasan rumah sampai jumpa. Sangat terkejut saya bila ternampak Guard terbaring lemah di bawah kereta. Dan apabila saya panggil dia tidak menyahut seperti biasa. Terus saya buang rasa geli disebabkan busuk, angkat Guard dan letak di dalam porch rumah. Lebih mengejutkan saya, luka di kakinya sangat besar dan ulat-ulat besar berliang-liuk di dalam isi kakinya. Ya Allah! Kesiannya Guard. Saya hanya mampu berdoa supaya Guard akan terus bertahan sampai pagi esok kerana saya nekad nak bawa dia ke klinik. Saya akan cuba selamatkan Guard walau macam mana cara sekalipun.

Pada keesokkan paginya, cuaca sangat buruk. Angin bertiup kencang bersama hujan renyai-renyai. Guard telah hilang dari tempat yang saya letak. Saya terus mencari hingga saya tergerak hari nak mencari di kawasan semak. Ya Allah! Guard terbaring di dalam semak tu dengan keadaan lemah dalam hujan. Hampir menangis saya dibuatnya. Terus saya masukkan Guard di dalam pet carriage dan bawa ke klinik. Doktor beritahu saya Guard demam kuat dan nasib baik saya cepat bawa ke klinik. Kalau tidak mungkin dia dah mati. Ya Allah. Kesiannya dia. Doktor cakap Guard kena tinggal di klinik buat sementara kerana dia perlu dibius untuk doktor keluarkan ulat-ulat tu. Hampir 100 lebih ulat yang ada dikakinya sebab kakinya bengkak besar dan perlu berada di situ selama 4 hari. Kosnya pula RM250. Saya tak kisah tentang kos, saya hanya nak Guard selamat.

Sekarang ni Guard sudah seminggu lebih dalam pemantauan saya. Alhamdulillah Guard semakin sihat. Luka pun semakin mengecil walaupun masih belum pulih sepenuhnya. Saya terpaksa mengkuarantin Guard buat sementara waktu. Takut kalau lepaskan dia di luar, akan jadi balik macam sebelum ni. Luka masih belum baik dan ada nanah sikit2.

Hari pertama keluar dari klinik.
Luka masih besar.

Gambar 3 hari lepas. Alhamdulillah luka makin kecil.

Kecomelan Guard. Suka sangat tidur gaya kangkang gini.

Tidur kangkang lagi.

Mungkin orang akan cakap saya membazir duit kerana kos kesemuanya RM325. Tapi sebagai manusia, saya tak sanggup biarkan Guard menanggung sakit macam tu. Ada rasa tanggungjawab terhadap Guard sebab saya yang membawa Guard ke rumah. Tak semestinya nak berbuat baik perlu sesama manusia saja. Haiwan pun makhluk Allah yang berkongsi hidup dengan kita di mukabumi Allah. Buat baiklah sesama haiwan kerana setiap perbuatan baik kita, mereka akan mendoakan kesejahteraan kita. InsyaAllah.


No comments: