orang sedang baca :)

Friday, February 8

Trip To Bandung 22/1/13 - 26/1/13 Last Part

Hey Ho! Assalamualaikum..

Dah berapa hari dah aku gigih meng'update' blog aku ni. Kali ni aku nak kongsi pula hari terakhir kami di Kota Bandung sebab keesokkkan harinya kami sudah mahu pulang.

25/1/13

Awal-awal pagi lagi kami sudah bersiap dan bersarapan. Semua dah tak sabar nak ke Tangkuban Perahu. Kami difahamkan oleh Dani perjalanan akan ambil masa sejam lebih. Sepanjang perjalanan kami dikelilingi kebun sayur dan bunga. Macam kat Cameron Highland pun ada. Udara nyaman dan sejuk. Tak payah pakai aircond pun. Sepanjang jalan tu juga kami tak pernahnya diam. Bersembang dari mula naik kereta sampailah ke atas puncak. Dani pun tak larat nak dengar kami bising rasanya. Tersengih-sengih dia dengar kami bising. Nasiblah kau Dani, dapat pelancong macam kami ni. Hehe.

Sampai di pintu masuk, kami dikenakan bayaran 50,000rp seorang (rm15+) untuk tiket masuk. Parking kereta pun kami kena bayarkan untuk supir, harganya aku lupa. Lepas buat bayaran, barulah jalan ala-ala ke Batu Feringgi bermula. Jalan macam ular kena palu. Bila dah sampai di puncak. Subhanallah! Sangat cantik dan ramai orang. Nak naik kuda pun boleh. Permandangan dari atas memang cantik. Gunung berapi ni masih lagi aktif kata si Dani. Aku pun tak tau betul ke tak. Dekat sejam jugalah kami di sini. Ambil gambar la, apalagi kan. Dan hati-hati di sini sebab ramai penjual keychain dan strawberry akan serbu korang. Kalau tak nak cakap je tak nak.


Gambar WAJIB ada pada setiap orang yang datang ke sini
Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah!
Ada sebuah menara yang tak berapa tinggi di situ


Rumah-rumah kecil tu adalah kedai-kedai yang
jual souvenir 









Selepas berada di Tangkuban Perahu selama sejam lebih. Kami minta Dani bawa kami ke kebun strawberry. Katanya di situ boleh petik sendiri buah strawberry. Setiap 1 kg hanya perlu bayar 60,000rp saja. Wah! Murah juga harga strawberry kat situ. Kebun strawberry ni dekat saja dengan Tangkuban Perahu. Turun saja dari kereta, kami dah diserbu dengan penjual souvenir. Haiyak! Aku rimas betul dengan dorang ni. Tak putus asa pujuk orang supaya beli souvenir dari dia.


Ini adalah pondok restoren yang ada di kebun strawberry
Gambar ni aku ambil masa tengah tunggu yang lain-lain
pergi tandas. Hujan turun masa ni.

Ini candid ye. Bukan berlakon.
Time ni ramai pula orang datang.

Cara petiknya, potong strawberry sekali
dengan tangkainya ye.
Bayaran untuk masuk ialah 10,000rp. Siap dapat minuman jus strawberry secara gratis lagi. Lepas dah petik buah strawberry, kami pun bayar. Padahal petik 10 biji je. Yang selebihnya kami dah 'ngap' siap-siap. Hehe. Lagipun tak banyak buah yang merah masa ni.

Destinasi seterusnya, kami minta Dani bawa kami ke Kampung Daun. Tempat yang wajib dikunjungi. Yang menarik tempat ni, konsep restoren ala-ala pondok gitu! Korang juga tak boleh suka-suka terus cari pondok korang ye. Harus ambil giliran. Kami pun masa ni tak tau apa-apa. Rasa pelik sebab ada announcement bagai. Rupa-rupanya kena ambil giliran dulu ya mbak! Jadi, sementara tunggu nama dipanggil, kami pun snap snap dulu. Hee!


We're here!! ;)
Agak lama juga kami tunggu untuk nama kami dipanggil. Bila dah dapat nombor kami terus cari. Agak belakang juga pondok kami ni. Tapi suasana di situ memang buat aku terpukau kejap. Pertama kali aku ke tempat makan macam tu. Pondok kami agak jauh dari orang ramai. Bagus juga sebab ada privacy. Kami ni dah la jenis bising, kalau gelak kuat tak hengat! Lama juga kami tunggu makanan sampai. Sejam rasanya. Tapi tunggu lama pun takpa, makanan kat situ sangat sedap! Berbaloi tunggu!

Kalau nak order atau panggil waiter
kena ketuk dulu benda ni ye.
Santai.. Kalau korang nak tidur pun boleh.
Siap ada bantal dan tilam lagi.

Lepas makan di Kampung Daun, Dani bawa kami ke Cihampelas Walk. Tapi malangnya, kat situ langsung tak menarik minat kami. Kami ada juga ke mall dorang, takda apa yang menarik pun. Kedai-kedai di Cihampelas pun biasa-biasa saja. Tak macam Factory Outlet. Tak sampai sejam pun kami kat situ. Terus kami ke kereta dan minta Dani bawa kami ke Rumah Mode buat kali kedua. Masih ada baju untuk Babah aku nak beli.


Lepas ke Rumah Mode, kami minta Dani bawa kami cari McDonald. Kami nak bungkus je makan di bilik. Nak kemas beg lagi. Maklumlah esok dah nak balik. Kami siap belanja Dani lagi tanda terima kasih kami pada dia, sebab dah bawa kami pusing-pusing Kota Bandung dan layan karenah kami. Esoknya seawal pukul 6 pagi Dani dah hantarkan kami ke airport. Pengalaman yang sangat best pada aku. Apa yang pasti, Bandung.. Aku pasti akan datang lagi!


1 comment:

Nurul EL-Huda said...

seronok kan dpt jejalan.... (: