Thursday, February 7

Trip To Bandung 22/1/13 - 26/1/12 Part 3

Sambungan dari post sebelum ni...

24/1/13

Pada hari selepas kami pulang dari Pasar Baru, kami sepakat untuk mengunakan khidmat supir pada hari keesokannya memandangkan kami perlu ke banyak tempat untuk ke Factory Outlet (FO). Nasib baik pihak hotel ada menyediakan pakej untuk sewa kereta. Bayaran pun berpatutan.

Keesokan hari selepas kami breakfast, kami ke lobby untuk menunggu kereta dan supir kami. Tak lama kemudian, pihak hotel bagitahu kenderaan kami sudah siap dan boleh dinaiki. Yang bestnya supir kami muda. Aku selalu bayangkan supir tu Pakcik-pakcik di sana yang akan bawa kami. Supir kami bernama Dani, umur 24 tahun katanya. Jadi kira boleh masuk la dengan kami yang 'muda-muda' juga. Hehe. 

Korang pula jangan cuba-cuba nak bawa kereta kat Bandung ni. Jalan raya dorang ni sangat bahaya. Sempit dan terlalu banyak kereta. Takdanya nak ikut garis putus-putus macam kat Malaysia. Semua main redah je, janji orang yang bawa kereta tu kena berani. Kalau tak korang tunggu la kat tengah-tengah simpang sampai esok pun belum tentu korang boleh jalan. Hehe. Dan membunyikan HON kereta itu adalah satu kemestian. Yang peliknya tak pula dorang marah. Kalau kat Malaysia mau dah kena maki. Dan aku perasan kereta-kereta di sana semuanya mewah-mewah belaka. Jarang la nak nampak kereta buruk. Semuanya buatan luar negara. Hebat betul!

Tempat pertama yang kami minta Dani bawa adalah Money Changer! Haduh! Duit dah aku belanjakan kat Pasar Baru, nak ke FO lagi, mana cukup! Semua orang terpaksa pinjam dulu dari Nadia sebab dia bawa cash RM banyak. Lepas dah tukar baru senang hati nak habiskan duit kat FO. Dani bawa kami ke FO di sekitar Jalan Dago. Banyak betul FO kat sini. Hampir semuanya kami masuk walaupun tak beli. Hehe!




Selepas penat pusing-pusing di FO sekitar Jalan Dago, kami minta Dani untuk bawa kami lunch. Dah lapar sangat dah masa ni. Jadi, Dani bawa kami makan di Restoren Simpang Tiga yang menyajikan makanan Sunda. Restoren ni banyak juga terdapat di Malaysia kalau tak silap aku. Di Ipoh ada satu restoren ni. Tapi ingin aku ingatkan di sini, bagi mereka yang pertama kali makan di sini, mereka akan hidangkan pelbagai jenis lauk pauk. Pendek kata, penuh satu meja dengan lauk saja. TAPI jangan pula korang sentuh kesemua lauk yang ada. Pilih lauk yang korang rasa korang nak saja. Yang tak nak tu letak tepi dan jangan sentuh. Sebab mereka akan kira makanan mana kita sentuh dan makan. Jangan korang gatal tangan kuis-kuis lauk yang tak nak tu ye. 


Nampak tak? Kami tak sentuh pun lauk yang kami tak nak. :)

Lepas dah isi perut, kami minta Dani bawa kami ke Toko Tiga. Toko Tiga ni terkenal dengan Jeans Original yang dijual dengan harga murah. Jeans branded korang boleh dapat dengan harga tersangatlah murah. Memang berbaloi. Di sini aku cuma beli T-shirt untuk babah aku. Jeans aku tak beli pun. Dari luar Toko Tiga ni nampak macam kedai biasa je, tapi bila korang dah masuk dalam, fuhh luas gila!


Toko Tiga ni berada betul-betul di tepi jalan besar.
Parking pun agak susah nak dapat.



 Lepas tu Dani bawa kami ke Rumah Mode di Jalan Setiabudi. Wah cantik betul Rumah Mode ni. Kami banyak bergambar lagi daripada shopping di sini. Ramai betul pelancong kat sini. Macam-macam ragam. Hiasan-hiasan di sini kebanyakkan patung ala-ala bali. Menakotkan pun ada. Aku tak shopping pun masa ni. Dah keletihan yang amat. Jadi, aku dan Nadie hanya rehat sambil bersantai di sekitar Rumah Mode ni.




Aku dan Nadie dah penat berjalan.
Nadia dan Fatiey je yang sambung shopping.


pintu gerbang untuk ke Rumah Mode

Waktu pun dah senja waktu kami keluar dari Rumah Mode. Aku dan Nadie terlebih dulu keluar dan tunggu yang lain-lain dalam kereta. Bila semua dah ada sekali, kami minta Dani bawa kami ke tempat makan yang sedap dan murah. Terus saja Dani bawa kami ke Dapur Sangkuriang yang agak terkenal tu. Tapi waktu kami sampai tu, kami difahamkan tempat dah penuh dibooking. Nak tak nak kami kena tapau saja makanan.

Meja-meja semuanya telah di booking oleh ejen pelancongan

Hiasan-hiasan di restoren. Wayang kulit gitu!
Lepas makanan dah siap, Dani hantar kami balik ke hotel. Esok kami akan ke Tangkuban Perahu pula. Tak sabar!

Bersambung...

No comments: