Friday, July 1

Baby Jimmy Shanley ♥

hello hey hoo again..! kali ni aku nak share pasal baby sulung Jimmy Shanley.. siapa yg tengok melodi tahu la kisah rumah tangga dia ni kan.. tapi aku bukan nak sentuh pasal rumah tangga dia.. cuma aku nak share pasal baby sulung dia ni.. cute sangat.. it's a baby girl! =)


baby jimmy diberi nama Zahrah Shanley.. dilahirkan dengan selamat secara pembedahan.. tahniah kepada jimmy shanley dan isteri.. semoga dengan kehadiran baby comel ni dapat memberi sinar baru buat kalian sekeluarga.. 





“Apa yang saya lakukan adalah untuk memberi iktibar kepada orang ramai di luar sana. Dalam perkahwinan, kita harus sabar dan tidak mementing diri sendiri, ya memang sebelum kelahiran Zahrah saya ada terfikir untuk mengambilnya dan menjaganya sendiri.
Tetapi bila lihat wajahnya, saya tidak mahu menjadi seorang bapa yang kejam, memisahkan seorang anak daripada ibunya. Saya harap apa yang berlaku pada saya menjadi iktibar pada orang lain tidak lebih daripada itu,” ujarnya.
“Harapan saya, selain dia menjadi pengikat kasih saya dan isteri, saya mengharapkan Zahrah menjadi anak yang solehah kerana anak yang akan mendoakan saya apabila saya sudah tiada di dunia kelak,” jawabnya yang inginkan anak seramai lima orang termasuk anak kembar. 


actually aku sangat simpati dengan jimmy ni.. bagi aku dia ni sebaik-baik manusia.. 
suami yg baik.. dan akan jadi bapa yg baik.. tapi kenapa dia tak dihargai? ;( 
senang² kahwin dengan aku je la.. aku sanggup je weh! ini serious! :D

untuk info lagi sila klik SINI

1 comment:

Anonymous said...

comelnye anak dia

n kesian kat jimmy sebab dari kecik agy ade jew masalahnya

jalan2 di sini