orang sedang baca :)

Wednesday, July 27

sarcastic kah anda?



fuhhhh dah lama tak mengupdate blog ni.. nak kata busy takde la busy sangat pon.. just tak tau nak update ape kebenda.. tak ada pula apa² perkara yg best berlaku dalam hidup aku sejak akhir² ni.. so semalam tengah syok² tengok Ana Lu'lu dengan housemate aku, tiba² terkeluar subtittle 'SARCASTIC'.. then housemate aku pun tanya.. 


kak Aya : 'SARCASTIC' tu apa? aku selalu dengar manager aku sebut, tapi aku tak tau apa makna dia..


aku : hurmm.. orang tau maksud dia tapi macam mana nak terangkan pun tak tau..sarcastic tu sarcastic la.. hehehe..


jadi, aku tau ramai yg tak tau makna SARCASTIC tu apa kan? aku dulu mula² pun tak tau apa makna perkataan ni.. macam sarkas pun ada.. haha! 


SARCASTIC ni adalah kata² pedas atau sindiran melampau² yg dilontarkan kepada seseorang tanpa menghiraukan hati dan perasaan orang itu.. selalu akan digunakan dalam ayat² bertentangan, tak terus menerus, penuh dengan makna tersirat.. sebagai contoh..


A : weh hari ni jom pegi lepak kat mana².. kau pick up aku kat rumah macam biasa k..


B : ha'ah.. kejap lagi aku pick up kau kat rumah macam biasa.. kereta aku memang aku buat macam bas rapid khas untuk pick up kau kat rumah.. (dua belah tangan di bahu, mata pandang ke atas)


haaahhhh...!! ini la salah satu ayat SARCASTIC.. makan dalam tak? selalunya akan disampaikan dengan nada yg lembut.. kononnya macam takda apa² hal.. padahal dalam ayat tu dah ada nada berbaur sindiran pedas.. hahaha.. aku akui aku jugak kadang² akan menjadi manusia sarcastic kalau aku ada tak puas hati dengan siapa².. tak semua orang sempurna beb!


di sini aku sertakan contoh² ayat sarcastic untuk korang belajar² untuk menjadi manusia SARCASTIC di masa akan datang.. hahaha..


2 comments:

amni azmira said...

o0o..baru tau makna sarcastic..thanx yaww..^^

Misz Farah said...

yezza.. sharing is caring.. ure most welcome dear.. ^__^