orang sedang baca :)

Monday, July 18

kegilaan bersama mereka ♥

huwarghhh lamanya tak menghapdet blog ni. agak busy dan tak ada masa langsung nak update. plus tak ada apa² yg menarik untuk diabadikan dalam blog ni. sekarang ada beberapa perkara yg nak aku kongsikan sepanjang minggu lepas.

baru² ni aku demam sampai 3 hari. first time dalam hidup aku demam lama sampai macam tu. coz aku jenis yg sangat susah nak demam. dalam setahun aku rasa aku demam sekali je. itu pun sehari je, dan akan kebah dengan sendirinya. aku tak tau la kenapa aku demam secara tiba². nak dijadikan cerita, malam sebelum aku demam tu, aku dan kawan² ke batu maung. just semata-mata nak lepak main angry birds kat kedai mamak. hahaha! bongok bukan? pegi bukan main jauh lagi. so, siapa² yg pernah pergi sana mesti tau jalan yg akan dilalui tu macam mana. sunyi dan gelap! lagi² sekarang ni depa tengah repair jalan. hishhh! so balik tu aku terus tidur.

bila subuhnya pula, aku dan terjaga sebab alarm aku bising. aku off kan alarm dan tidur balik. masa ni la aku termimpi benda pelik. aku mimpi HANTU! benda tu nak terpa aku! dua kali pulak tu. dah la hodoh. tiba² aku dikejutkan oleh room mate aku. dia cakap aku meracau² masa tidur. meracau teruk. pastu dia cerita lagi, masa dia tengah siap² nak pergi sekolah tu dia dengar bunyi aku meracau macam baby menangis. pastu yg kali kedua aku meracau kuat sangat. haishh! lepas bangun tu aku nak siap² ke office, badan aku dah start lemah dah. rasa sengal dan lenguh badan hingga membawa kepada demam sampai 3 hari. lepas baik demam datang pulak batuk! sekarang ni aku batuk plak! benci tol!

aku tak tau sama ada demam yg aku alami tu ada kaitan dengan mimpi aku ke tak. sebab malam sebelum tu aku pergi batu maung. tempat orang la katakan. mana tau aku ada 'terlangkah' apa² ke. takot plak aku nak pergi sana lagi lepas ni.

hari sabtu pulak dua orang kawan aku datang over night kat rumah aku. boleh bayangkan tak kekecohan yg berlaku? asyik ketawa ja. sambil bergosip, berlawak, bersembang, bermesra dan bermacam² ber lagi. sangat best! keesokkkan hari plak kami dah memang plan nak tengok HARRY POTTER. weh! sangat best hokay! rugi siapa² yg tak tengok. memang aku puas hati dengan cita ni. sebab aku memang ikut cerita ni dari dulu lagi. sayangnya ini filem yg terakhir. lepas ni dah tak ada dah. tapi takpe, lepas ni aku nak tunggu twilight plak. tengok thrailer dia semalam macam gempak.

No comments: