orang sedang baca :)

Friday, November 28

Geng-geng 1987

Assalamualaikum..

Siapa sini lahir tahun 1987? Haaa.. untuk pengetahuan anda semua. Kami baru saja tubuhkan group whatsapp 'Geng-geng 1987'. 

Alkisahnya cenggini. Aku kan suka join group-group kat FB. So secara tak sengaja tertanya 'siapa kat sini yang lahir tahun 1987?' Ramai juga yang respon. Maka ada la orang yang mewujudkan group tu. 

Sejujurnya, aku memang tak reti la nak borak ramai-ramai dalam satu chatroom. Tapi lepas join group ni, lain pulak jadi. Mungkin sebab masing-masing berumur 27 tahun. Banyak la benda nak dikongsikan bersama. Sampai la aku dinaikkan pangkat sebagai admin group. Curlass kau jah. Ekeke..

So bila da jadi admin, ramai la suara-suara minta carikan ahli baru sebab kata dorang 'asyik-asyik orang yang sama je' haha ~ Jadi aku pun cuba la promote kat group taaruf di FB. Ramai yang nak join. Nak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah ni. Tiba-tiba beremosi pulak lepas join. Katanya nak bagi nasihat. Tapi nasihat yang tak ada kena mengena dengan apa yang dibincangkan. Dia emosi sendiri. Sampai yang lain-lain pun macam tak seronok dah. Terpaksa la aku remove budak tu. Tapi yang bestnya budak tu boleh pula screenshot chatroom dengan ada nombor telefon sekali dalam tu. Sumpah aku angin. Siasat punya siasat, rupanya budak tu penipu. Lahir tahun 1988. Mungkin dia terdesak nak cari jodoh sampai tipu tahun lahir. Anyoyoyo ~ dan terima kasih la kat budak tu sebab aku dah di'banned' oleh group taaruf tu. Haha.

Well, kitorang ada plan untuk berkumpul sesama ahli group. Dan kitorang sangat menantikan orang baru untuk join geng kitorang. Siapa yang berminat boleh la PM aku kat FB nombor phone korang supaya aku boleh add masukkan dalam Geng-geng 1987. =)

No comments: