Friday, November 7

'Kawan' & 'Sahabat'

Assalamualaikum

Sihatkah anda-anda semua? Dekat 2 minggu blog ni kena private. Kengkonon sebab nak tukar layout segala. Tapi disebabkan kekangan waktu dan malas nak bermain dengan coding-coding yang dulu aku agak terer masa zaman myspace jadi aku KIV dulu la yer.

Aku nak share sikit tentang istilah 'kawan' dan 'sahabat'. Untuk pengetahuan semua, tiap-tiap pagi semasa bersiap nak ke office mesti aku akan dengar motivasi pagi kat tv. Dah itu je siaran yang ada so dengar je la kennn sambil-sambil bersiap tu.

Okay berbalik pada istilah 'kawan' dan 'sahabat' itu tadi. Kawan ni kan, semua orang boleh jadi kawan. Acik yang jual nasi lemak tepi jalan pun boleh jadi kawan kita. TAPI 'kawan' ni ada batasannya. Percakapan juga harus dijaga. Nanti tak pasal-pasal terguris perasaan pula. Pendek kata, hang kena cover-cover jugak tingkah laku hang bila dengan depa. Ibarat duit syiling la, depan lain belakang lain. Bwahaaa.. Jadi, hang dan dia takkan tau perangai yang sebenar-benar antara ampa berdua.

Sahabat. Yang ni hang boleh buat perangai loqlaq hang dengan depa. Contohnya, hang boleh sembang kasaq dengan depa. Kalau tersentap pun tak ambil masa lama nak bersentap-sentapan. Bila dok ada sekali hang nak kentut depan dia pun tak jadi masalah. Haha. Takda istilah nak cover-cover bagai. Dan yang paling penting, hang boleh share masalah hang dengan depa. Orang kata susah senang bersama. Tapi aku rasa susah nak jumpa sahabat yang macam ni. Bila senang je banyak. Bila susah semua hilang. Hoho ~ 

Aku tak tau la ada 'sahabat' yang macam di atas tu ke tak. Bila fikir-fikir balik mungkin kawan yang separuh sahabat.Kikihhh. Bukan sepenuhnya sahabat. Mungkin ada seorang yang dalam kategori sahabat yang aku tak jangka. Setiap pagi aku akan nampak dia, malam pun aku akan nampak dia. Tak lain dan tak bukan KAK ROHAYA HAMSIN. Aku kenal dia dari tahun 2010 sampai sekarang ni. Sedar tak sedar banyak juga benda yang aku share dengan Kak Aya. Dia bagaikan kakak bagi aku. Sebab aku kan takda kakak. Even dengan kawan yg so called BFF pon aku tak share apa yang aku lalui. Baru aku sedar Kak Aya ni la pangkat BFF aku.

Aku ingat lagi masa aku dapat tau arwah babah aku dah tak ada. Masa tu mama bagitau aku through phone. Aku dah macam orang gila meraung menangis. Masa aku kalut-kalut nak packing barang utk balik perak. Dia cakap "boleh tak aku nak peluk hang?" Dan dia peluk aku comfort aku "sabaq, kena kuat.." sambil tepuk-tepuk belakang aku. Well, thanks so much Kak Aya. I akan ingat sampai bila-bila. Love u! :')

Gambar bulan 12 tahun lepas di
Pesta Pulau Pinang
Hampir setahun dah.. :D






No comments: