Sunday, November 23

Save the Strays, Selamatkan Haiwan Jalanan ~

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah cuba selamatkan 'Guard' bila kakinya luka hingga keluar air yang busuk dan berulat. Aku bawa Guard ke klinik dengan kos rawatan hampir RM300. Aku jaga Guard masa proses untuk sembuhkan kakinya lepas vet cuci dan buang ulat kat kakinya. Tapi masa tu aku dapat rezeki untuk bekerja di SUK Pulau Pinang. Aku terpaksa tinggalkan Guard di rumah. Berharap mama aku dapat jaga dia, Tapi mama tak sanggup nak jaga Guard dan akhirnya lepaskan dia. Tak lama lepas tu bila aku balik rumah, kaki Guard jadi balik macam dulu sebab luka belum sembuh sepenuhnya. Lama-lama Guard hilang. Dah mati. Sedih sebab aku tak dapat lagi nak panggil dia macam selalu. Bila aku panggil je dia lari balik rumah. Tapi aku yakin, Guard selalu doakan aku, rezeki aku sebab aku selalu pesan masa bagi makan, "Guard doakan kakak murah rezeki ye.." Guard hanya mengeauw je macam paham. Comel je. Aku tiba-tiba murah rezeki dapat kerja dalam sektor kerajaan, interview sana sini, yang sebelum ni langsung tak pernah dipanggil. Guard doakan kakak yer.. terima kasih sayang. Moga nanti kita jumpa lagi yer. :')

Aku bukanlah nak menunjuk atau apa. Tapi aku selalu bagi makan pada kucing-kucing terbiar. Tak kira la kalau nampak di mana-mana sekali pun. Rasa belas kasihan tu mesti ada. Dah ada di mind set aku, haiwan ni makhluk yang lemah, kadang kala tak mampu untuk cari makanan sendiri, Jadi sebagai manusia, tak salah kita berkongsi rezeki dengan kucing-kucing. Bukan la kucing-kucing saja, haiwan lain walaupun yang bernajis berat macam anjing sekalipun. Kalau nampak dia dalam kesusahan atau lapar. Bagi la makan. Kan ada kisah tentang seorang pelacur dan seekor anjing yang haus. Di mana pelacur itu telah memberikan anjing itu minum. Walaupun dia seorang pelacur namun dia telah menjadi ahli syurga. Bertapa besarnya pahala berbuat baik dengan haiwan ni.

3 minggu lepas, masa aku bagi makan pada kucing-kucing di belakang rumah aku. Ada seekor yang aku bagi nama Uteh tak muncul-muncul. Bila aku cari, aku terjumpa dia lemah tak boleh gerakkan kaki belakang dia. Macam nak luruh jantung aku. Cepat-cepat aku bawa ke klinik. Tapi apa yang doktor beritahu jalan terbaik hanyalah dengan Put To Sleep. Sungguh aku sedih! Sebagai doktor haiwan, tak boleh ke kau cuba selamatkan atau bagi kata-kata semangat? Apa yang kau tahu hanyalah ambil jalan mudah dengan kata "Hanya ada dua cara saja, sama ada put to sleep atau beri ubat. Kalau beri ubat pun dia akan mati secara terseksa sebab dia tak dapat nak buang air besar dan kecil. Saraf tunjang dia rosak dan kaki belakang dah lumpuh akibat digigit anjing." Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku masa tu. Doktor bagi ubat katanya bagi selepas Uteh makan. Kosnya RM60. Tapi dalam keadaan sakit. Uteh tak nak makan apa-apa langsung. Aku nak bagi makan ubat pun tak boleh. Sedih sangat masa tu Allah saja yang tahu. Sebab aku takut Uteh tak boleh bertahan lama. Kondisi semakin lemah. :(

Esoknya aku cuba hantar ke klinik haiwan yang selalu aku hantar kucing-kucing aku. Tapi klinik tu tutup pulak. Aku minta juga pekerja tu panggilkan doktor. Alhamdulillah doktor tu datang. Aku puji doktor ni, sebab dia selalu bagi kata-kata semangat. Aku cerita semua apa yang doktor sebelum ni bagitahu pada aku. Katanya, "kenapa perlu put to sleep? Selagi boleh tolong, kita tolong dia bagi baik." Ya Allah masa tu air mata aku dah bergenang dah. Doktor ni check dan kata Uteh  boleh baik. Aku minta doktor ni jaga Uteh. Aku tinggalkan dia di klinik. Kata doktor Uteh perlukan treatment selama sebulan. Ya dalam fikiran aku. Mesti mahal treatment Uteh tu sebab Uteh tak boleh gerakkan kaki belakang dia. Tapi tak apa. Aku tak nak berkira soal duit. Duit boleh cari. Doktor tu pun cakap dia takkan caj mahal-mahal pada aku. Aku tak gamak nak biarkan Uteh mati walaupun dia hanyalah stray cat yang aku bagi makan. Mungkin Allah nak uji aku. Aku nekad lepas Uteh dah baik aku akan bela dia dalam rumah. =)

Alhamdulillah. Setiap minggu aku pergi lawat Uteh. Kondisi makin baik. Sudah boleh buang air besar ngan kecil. Makan pun dah boleh. Kaki belakang pun dah boleh gerakkan sikit-sikit. Sungguh aku lega. Aku terfikir kalaulah aku ikut kata-kata doktor yang sebelum ni. Uteh mati sedangkan dia boleh dirawat. Syukur sangat sebab aku tak buat keputusan untuk put to sleep Uteh masa tu.

Pesanan buat siapa-siapa yang nak hantar pet kesayangan korang pada mana-mana klinik. Cari doktor vet yang betul-betul berpengalaman instead of doktor yang suka ambil mudah dengan hanya minta anda matikan haiwan kesayangan korang. Tak ada langsung inisiatif untuk selamatkan haiwan tersebut. Selagi boleh selamatkan kita selamatkanlah dia.

Keadaan Uteh masa aku jumpa.
Lemah sangat keadaan dia.
Belakang tu kesan gigitan anjing.

Keadaan Uteh makin baik selepas seminggu

Walaupun kaki belakang tak
boleh gerak tapi selera makan
dah ada.. :)


Klinik pertama yang aku pergi tu adalah klinik Haiwan Paw di Batu Gajah. Aku sarankan korang jangan hantar haiwan korang kat situ. Doktornya kurang berpengalaman, Asyik suruh PTS je. Kalau boleh korang hantar pet korang ke Klinik Haiwan di area Falim. Doktor kat situ sangat berpengalaman. Dulu aku hantar Guard pun kat situ. Kucing-kucing aku kalau sakit pun memang kitorang akan hantar ke situ. Bukanlah niat nak burukkan doktor kat Batu Gajah tu. Cuma kita nak kan yang terbaik untuk pet kita. Sekian.

No comments: