orang sedang baca :)

Tuesday, January 13

Aku Kami Hang Ampa

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog ni. Agak busy dengan kerja lately ni. Lepas satu..satu kerja yang kena buat. Betul la cakap orang, kerja memang takkan habis. Baru ingat nak rileks sikit datang pula survey baru. Semua ada due date pulak tu. Takpe, aku redha. Moga berkat rezeki aku. =)

Kali ni aku nak share sikit dengan korang semua. Aku adalah salah seorang yang ada problem dengan panggilan untuk diri aku sendiri. Aku hanya boleh bahasakan diri aku sebagai 'aku' bila aku dengan kawan-kawan yang rapat saja. Sebagai contoh, perkataan 'aku' hanya akan keluar dari mulut aku bila berborak dengan kawan-kawan yang aku kenal lama dan adik aku saja. Kalau kawan-kawan yang aku baru kenal, perkataan 'aku' tu macam segan nak sebut sebab aku rasa macam agak biadap. Walaupun kawan-kawan baru tu boleh terima kalau aku panggil macam tu. Aku baru sedar benda ni jadi kat aku. So untuk menggantikan perkataan 'aku' tu, aku akan guna perkataan 'kami' sebagai ganti. I know it sounds weird. Tapi lama-lama aku terbiasa dah dengan panggilan tu semua. Tak gamak rasanya nak guna perkataan 'aku' dan 'hang' tu dengan orang yang baru kenal.

Bila dengan keluarga pulak, aku bahasakan diri aku sebagai 'orang' dengan mama aku. Tak reti la nak bahasakan diri sebagai 'kakak' walaupun adik aku panggil macam tu. Mama pula selalu panggil aku dengan nama penuh (Farazzatul). Arwah babah pun sama panggil nama penuh. Kalau dengan kawan-kawan yang baru kenal pun ada yang bahasakan diri dorang dengan nama sendiri bila berborak. Tapi seriously aku susah gila nak bahasakan diri dengan nama sendiri. "Fara nak pi toilet sat naa.." "Fara rasa Fara nak habiskan kerja dulu lah.." Euuwwww, geli lak rasa. So end up aku akan ber"kami" "ampa" ja lah. Haha. Dan ada juga sesetengah orang yang aku akan ber"I" "U". Ada gak yang cakap aku poyo la apa la. Tapi bagi aku, as long as orang tu dan aku selesa bila ber"I" "U" sudah la kan.

Eh kenapa kat sini aku guna "aku" ye? Bwahaa.. kat sini umpama aku bermonolog sendiri. Macam diari online untuk aku luahkan apa yang terbuku. Well tak ramai yang baca. So tak jadi masalah kalau aku merepek meraban sekali pun kan? Beheee.. Sekian saja repekan aku untuk kali ini.

1 comment:

eika_jps said...

baru tau sbb apa fara guna perkataan kami bila kita sembang....heheh...gelaran apa pun takpa yang penting gelaran tu tak kasaq...jgn duk tak duk panggil tembun.,..mau kena sepak satu kali kat pipi...hehe