orang sedang baca :)

Saturday, August 9

Suka atau rimas? Hmmpphh!

Assalamualaikum..

Saya guna 'aku'..


Ketika ini aku sedang berperang dengan sang lipas bersama Kak Aya. Makin menjadi-jadi pula lipas dalam rumah ni. Tapi lipas ni macam lain macam je.

Aku : Ni lipas apa eh? Awat dia macam memanjang ja?
Kak Aya : Ni lipas makanan.
Aku : Habis kalau lipas dalam bilik air tu lipas apa? Lipas taik ka?
Hahahaha....

Terus kami pun spray lipas tu dengan easy ironing starch sebab takda ridsect. Bwaahaaa..! Pening-pening lipas dah Encik Lipas tu. Kesiannn~ :p

Well, aku tak tau nak cakap cemane. Rimas atau suka.... Dulu aku hari-hari kejutkan orang bangun pagi-pagi. Setiap hari ye, accept Saturday Sunday. Kikikihh. Tapi sekarang macam terbalik pula. Ada pula insan yang nak kejutkan aku pagi-pagi walaupun aku tak suruh. Nak kata suka tu tak jugak. Sebab kadang-kadang aku rimas. Aku pulak jenis bangun pagi nak kena snooze 5 minit sampai la aku rasa aku memang betul-betul kena bangun. Taaaaaapiiiii..... sejak dah ada orang dengan rela hati nak kejutkan aku setiap hari pukul 6 pagi, aku rasa rimas. Aku ni jahat jugak. Kadang-kadang kalau bunyi call je aku silentkan ringtone. Tapi larat ke nak silentkan je setiap kali dia call? Selagi tak angkat selagi tu bunyi tak berenti. T-T End up kena juga angkat dan buat-buat.."Ya morning u....I dah bangun la.." Urghhh.. Pastu baru aman dan boleh sambung tidur lagi 5 minit. Bwahaaaa~!

Okay, mungkin dia cuba nak dekatkan diri dengan aku. Tapi aku macam tak selesa. Nak dijadikan cerita, semalam aku malas nak bertext-text dengan dia. Aku akui sejak 2 bulan yang lepas, aku jarang dah nak bersosial di Whatsapp, wechat dan sebagainya. Phone pun takde hal boleh main campak-campak lupa letak kat mana. Bwahaaa~ So aku cakap la kat dia, data internet aku dah nak habis. Nanti aku aku beli data baru aku text dia. Niat sebenarnya memang malas nak text dengan dia. Jadi satu hari tu dunia aku aman. Kikikihh. Tapi keesokkan petangnya, dia call aku....

Lelaki itu : U.. tak beli data lagi eh?
Aku : Haah la, I lupa nak reload. Busy sikit.
Lelaki itu : Okay nanti I bagi u reload no.
Aku : (aku dah cuak sebenarnya) Takyah u.. petang nanti balik keje I pi beli.
Lelaki itu : I dah beli dah pun. Jap I mesej u.
Aku : T-T

Masa latihan nasyid semalam, dia mesej no pin reload. RM30. Oh my.. T-T Nak tak nak kena la texting dengan dia. Sebab kredit dia. Sobs. Tapi kadang-kadang aku lupa gak nak balas text dia. Bila teringat terus rasa bersalah sebab buat dia tunggu balas dari aku. Uwarghhh.. Sesungguhnya aku tak suka perasaan serba-salah macam ni. Nak buat macam mana eh? Tolong... T-T

Eh, tadi ada Majlis Jamuan Hari Raya PSUKPP. Aku ditugaskan untuk jaga gerai. Sobs. Dah kenapa aku pulak depa suruh jaga gerai. Nasib baik yang jaga gerai semua satu kepala. Sekali dengan budak-budak UPEN. Ramai kemain. Macam-macam fesyen baju raya punya dok ada. Bwahaaa~ Abang Eng I dan Dato' SUK pon hadir sekali. Happening sangat. Such a wonderful experience I had today. I really had so much fun. Wah, speaking pulak kan? Mimimihhh.. Meh aku curi gambar-gambar dari buletin mutiara untuk tatapan semua.. :D

Spot me if u can! Bwahaaa..
Bersama Dato' SUK dan Abang Eng kesayangan I
Weeeee~ :p





Dato' SUK dan Dato' Timbalan SUK (Pengurusan)




No comments: