Sunday, August 10

First show with Zhufairah

Assalamualaikum..


Masih lagi menggunakan 'aku'..



Setelah berlatih selama 4 kali. Beheee! Akhirnya sampai masa untuk buat persembahan di Dewan Millenium, Kepala Batas sempena Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Pulau Pinang. Zhufairah dijemput oleh Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang untuk buat persembahan. Satu penghargaan bukan? Sebab Zhufairah ni johan festival nasyid Pulau Pinang. Riak sikit boleh? Bwahaa~ Ini first time jugak aku kena jadi solo untuk lagu-lagu yang kitorang kena nyanyi. Nebes kot! Aku difahamkan kursus ni berlangsung di seluruh Malaysia untuk jemaah-jemaah haji tahun ni. Kursus ni bagus sebab depa ajar step by step macam mana situasi semasa buat ibadah haji. Siap buat replika kaabah, tempat-tempat macam Mina, Mudzalifah, Bukit Safa dan sebagainya. Lupa pulak aku nak amik gambar. Rugi betul! 



Layan je la gambar yang ada ni. Biar gambar berbicara. :)


Keadaan dewan masa kami sampai
Masa ni dorang tengah solat asar berjemaah.


Macam betul-betul pegi haji
Siap ada bakal jemaah yang berihram



Kami Zhufairah !! :)

Kami sedang bersiap. Beheee~


Bawah ni semua gambar syok sendiri aku. Kalau menyampah jangan tengok.. Kikihhhh~





No comments: