orang sedang baca :)

Tuesday, August 12

Fort Cornwallis 228th Anniversary Celebration

Assalamualaikum..

Terasa pack gila jadual sejak dua menjak ni. Macam tak cukup masa untuk berehat. Mana taknya, sekarang terkena penyakit suka tidur lewat. 2, 3 pagi baru nak tidur. Apa yang aku buat ntah. 

Semalam aku kena bertugas untuk perasmian ulangtahun kota cornwallis yang ke 228 tahun. Gila dahsyat perasmian dia. Bukan cikai-cikai punya. Siap ada bunga api lagi. Caterer pun dari Starbuck. Yes, produk Yahudi. Tapi cina-cina ada ke kisah semua tu? Bukan tu saja. Siap jemput artis AF dan Astro untuk buat persembahan nyanyian. Tapi artis tu famous ke? Haha. Panggil la yang well known sket. Baru la semangat orang nak tengok depa menyanyi. Selain tu ada 'Sand art' performance, Chinese acrobatic gimmick, tarian naga dan banyak lagi. Kaya naa Dato' Ewe selaku president.

Kami CSI (CMI + SSI) dilayan macam VVIP. Jemput kami dengan Vellfire, sediakan hotel untuk kami bersiap kat Hotel Royal Bintang lagi. Bwahahaa~ Belanja makan tu toksah cakap la. Semua free. Sakan gila camni. Walau macam mana pun terima kasih banyak-banyak atas layanan yang super best itu.

Oh ya.. Perasmian disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan iaitu Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Macam biasa la, my abang Eng pun ada sekali. Hihi~

Kalau nak tengok video boleh tengok kat Instagram aku. Tapi pendek-pendek je la. Gambar je banyak. Meh layan...

Pas untuk bertugas
'Tanpa rela'


Tagging untuk para VVIP

Tempat duduk public

Stage untuk persembahan

Masih belum set up sepenuhnya
Hotel Royal Bintang Penang
Abaikan beg-beg yang bersepah itu.. Huhu



CSI team!







Pengakuan, seumur hidup ini pertama kali
aku minum benda alah ni. Bwahaaa~
Semalam saja-saja update gambar kat Instagram. Rasa macam gambar tu ada nilai. Dato' Seri Nazri berpelukan dengan YAB Lim Guan Eng. Respect kat depa sebab macam tak ada apa-apa walaupun ideologi dan pendapat tentang politik berbeza. Salute~! Dan aku saja tag gambar tu pada Nedim. Hehe. Dapat notification dia liked gambar tu. Ecehhh~ Tiba-tiba ramai pula orang like gambar tu. Hoho....


Sumber : Gambar dari kamera Anuar


No comments: