orang sedang baca :)

Saturday, August 2

Salam Lebaran 2014

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Dan Batin

Macam mana Aidilfitri awak-awak semua tahun ni? Meriah tak? Beraya di mana tahun ni? Saya macam biasa la. Beraya di JB. Balik sekejap je. Untuk Ziarah pusara ayahanda buat tahun pertama beraya tanpa babah. Tahun ni saya bersederhana saja. Pecaya tak, baju raya pun takde. Memang niat nak beli masa malam raya kat Pasar Borong, tapi semuanya pattern yang sama. Langsung tak berkenan. Manusia-manusia kat situ tak payah cakap la. Ramai menggila. End up balik dengan tangan kosong je. Sobs. Penat je yang dapat!

Boleh tak nak cakap yang raya kali ni sangat BOSAN? Saya takde pun pergi beraya mana-mana. Bila balik Perak baru la beraya ke rumah anak-anak angkat family saya. Walaupun tak keluar beraya, duit raya habis jugak bagi pada budak-budak yang datang beraya. Takpe, kita sedekah. Hehe.

Pasar Borong
Semua baju sama je

Kami di pagi 1 Syawal
Anak dara dan mak-mak dara
Hihi

Cucu-cucu Cik Timah yang masuk air
Besaq aihh gigi tuuu... hihi

Well, yang belah kanan tu agak macam terlebih posing..
Bwahaaa~

Budak-budak ni dah makin besar dan makin nakal..
Please behave ye tak lama lagi nak dapat adik lagi..

Mohd Aqil pun dah besar dan comel..
kejap je dah 6 bulan ye sayang..
Nanti Bunda Fara datang dah boleh jalan pulak..
=)

Gambar takde kena mengena
Hobi baru, lepak dalam kereta sorang-sorang
sambil layan perasaan.. Kikihhh
Oh yaa.. dugaan betul raya kali ni. Banyak soalan "Farah, bila nak kahwin?" "Tu jari tu berinai, dah dekat la tu" "Dah nak bertunang eh?".........

Uwarghhhh~ Mengapakah? Stress nya. Berat jodoh ke saya ni? Bukan tak cuba nak cari sorang teman. Tapi susah la penerimaan saya pada orang lain. Susah betul nak terima orang baru, nak mulakan perkenalan balik. Susah.. susahhh! Baru ingat hari raya nak seronok-seronok, dah dapat pulak mesej tak seronok dari Encik Hariz. Ugut-ugut kite pulak ye awak~ Haishhh. Udah-udah la tu. Saya pun dah boleh over come walaupun pada mulanya susah. Tapi lama-lama saya dah boleh atasi. Harap jangan la ada rasa dendam-dendam dah di bulan baik ni. Saya pun dah cukup mengalah. Hmmpphhh~

No comments: