Friday, January 3

Selamat datang 2014! Please be good to me..

Hi 2014..! Please be good to me..

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2013 ni. Ada yang berlaku dan merubah hidup aku. Dan yang pasti, perkara tu takkan boleh untuk aku toleh ke belakang.

1. Ditindas / Ditipu oleh syarikat 
Pada awal tahun 2103, aku ada bekerja di Syarikat Developer sebagai Sales & Marketing Executive. Jawatan macam hebat tapi sebenarnya tak seperti yang disangkakan. Banyak hak-hak pekerja yang aku tak dapat. Sampai aku terpaksa naik turun Pejabat Buruh sebanyak 4 kali untuk bincang cara nak fight balik dengan syarikat ni. At the end, aku rasa macam not worth it so aku doakan kalau syarikat ni masih macam ni pada masa akan datang, bankrap la syarikat ni sebab tindas dan tak jujur dengan pekerja sendiri.

2. Dapat pekerjaan baru
Lepas berhenti kerja dengan syarikat Developer tu, aku dapat tawaran untuk bekerja di Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pada masa tu aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi. Baru aku percaya kuasa DOA. Jangan putus asa untuk berdoa pada Allah. Allah Maha Mendengar. Cuma lambat dan cepat je. Dan alhamdulillah sekarang aku dah pun 3 bulan bekerja di sini. Syukur sebab dikelilingi oleh kawan-kawan baru yang sangat best dan membantu. Terima kasih Fina, Ekin, Sarah, Anuar dan Kerol sebab banyak membantu! :)

3. Pemergian ayahanda tercinta
Lepas 3 minggu aku kerja di Penang, pada malam 10/11/13 aku dikejutkan dengan berita pemergian abah ke Rahmatullah. Tak dapat aku gambarkan perasaan aku pada malam tu. Aku rasa tak kuat untuk bawa kereta dari Penang ke Batu Gajah. Sepanjang perjalanan tu tak henti air mata mengalir. Sesampai di hospital, jasad abah tenang seolah-olah abah sedang tidur macam biasa. Esoknya abah selamat dikebumikan di Johor Bahru. Ini permintaan abah masa abah masih ada. Abah nak dikebumikan di Johor. Kakak harap abah tenang di sana. Kakak sentiasa doakan abah dalam setiap doa kakak selepas solat.


Azam 2014 ku..

1. Aku nak bahagiakan mama. Mama saja yang aku ada sekarang ni. Kalau mama takda, aku tak tau macam mana nak teruskan hidup ni.

2. Nak menamatkan zaman bujang (Insyaallah). Aku rasa aku dah bersedia untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Secara tak langsung dapat gembirakan mama dengan kehadiran cucu mama sendiri. Cewahhh.. Kalau diizinkan Allah :)

3. Atkins..! urghh.. dulu macam senang je nak diet Atkins. Tapi tak tau kenapa sekarang ni macam susah je nak mulakan balik. So azam tahun ni aku nak mula berAtkins balik. Semangat! hehe

4. Nak memperbaiki kelemahan diri dari segi dalaman dan luaran. Jadi pokok pangkalnya, nak mulakan kenalah perbaiki solat Fardhu kita. Itu adalah basic nya. Dari situ kenalah muhasabah diri. InsyaAllah Allah akan mempermudahkan urusan kita sekiranya niat kita baik dan betul-betul nak berubah.

5. Nak memperbanyakan sedekah amal jariah. Semoga pahala sedekah tu dapat diberikan pada abah. InsyaAllah.

Semoga tahun 2014 akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin!

No comments: