orang sedang baca :)

Thursday, January 16

2014 : Misi Menguruskan Badan!

Salam 1kangkung 1Malaysia..!

Hampir 2 minggu amalkan diet Atkins. Sememangnya jiwa kena kental. Apa² makanan yang tak halal atkins macam nasi, tepung, sos dan gula memang kena pantang habis²an. Kesian bukan? Mai kerja kena hadap telur.. telur.. dan telur.. nak beli makanan pun boleh beli lauk² yang berasaskan protein semata. Nak sedap sikit kena masak kat rumah. Larat ke nak bangun seawal 6 pagi untuk masak sambil rushing nak siap² pergi office? ouhhh itu yang ku laluan sepanjang 2 minggu ni. (-_-)

Pada awal² minggu aku memang rasa sakit kepala yang teramat sangat. Mungkin sebab badan belum sebati lagi. Yela kan sebelum ni banyak ambil karbohidrat. 3 4 hari juga la aku sakit kepala sampai ter MC tanpa niat. Hehe. Lepas seminggu sakit tu dah hilang. Alhamdulillah! Bila buka balik file² kat Kelab Diet Atkins, tu adalah salah satu tanda badan kita melalui proses ketosis. Huarghhh baru tau!

Apa itu KETOSIS? Bagi fahaman aku, ketosis tu proses pembakaran lemak. Sebenarnya badan kita hanya bakar karbohidrat yang kita makan dan bukannya lemak. Bila kita makan nasi, roti, mee dan sebagainya dengan kuantiti yang banyak, badan hanya bakar karbohidrat yang kita makan dan bukannya lemak. Jadi lemak akan sentiasa beranak-pinak dalam badan kita. Sobs! Bila kita amalkan diet atkins, kita hadkan 20gm karbohidrat sehari. Bermakna badan akan bakar hanya 20gm karbohidrat lepas tu akan beralih pula membakar benda² lain dalam badan kita. So bila 20gm karbo tu dah dibakar, badan akan teralih pada lemak pula untuk dibakar. Harap paham la apa yang cuba aku sampaikan ni. Haha.

Untuk nak tahu adakah badan aku ni dalam proses membakar lemak atau tak. Aku dengan semangatnya terbeli ketone strips. Murah ja. Boleh beli through online kat KDA. Jadi inilah hasilnya...


antara moderate dan large. Perlu kerja keras lagi.
Bagi siapa² yang nak kuruskan badan boeh la cuba diet atkins ni. Yang penting hati kena kuat. Kalau jenis tak tahan tengok kawan² makan baik tak payah amalkan. Rugi je nanti. Banyak testimoni yang dah berjaya dengan diet ni. Jom sama² kurus tahun 2014 ni! Semangat!! :)

**nota kakiku : uhh uhh.. kalau nak diet atkins kena ada knowledge. Rajin² la google dulu yer. Happy Atkins!

No comments: