orang sedang baca :)

Wednesday, January 29

Aku KELIRU!

Assalamualaikum semua..

Aku tak tau kenapa sejak dua menjak ni perasaan dan jiwa aku tak tenang. Terlalu memikirkan satu perkara tu sampai terbawa-bawa dalam semua perkara yang aku buat. Sejujurnya aku tak suka benda-benda macam ni mengganggu fikiran aku. Sangat menyesakkan kepala otak aku!

As semua orang tau, baru-baru ni aku ada berjumpa dengan seorang lelaki. Memang dah rancang masa mula kenal nak jumpa pada tarikh tu. Bukanlah aku nak kecoh tapi demi keselamatan aku, aku kenalah bagitau kawan-kawan terdekat. Dah nama pun blind date mestilah aku bagitau kawan aku kat mana aku pergi. Jadi apa-apa siapa nak tanggung?

At first meet, aku rasa okay la takda la nak mengharap apa-apa. Aku pernah cakap aku akan jumpa atas dasar kawan. Takkan expect apa-apa. So dah keluar dan tengok orangnya macam mana. Selesalah juga bila borak sama-sama. Dan untuk berjumpa buat kali kedua pula, aku tak banyak bercakap. Mungkin aku terlalu letih dan mengantuk untuk perjumpaan kali kedua. Balik pun dah lewat malam terus tidur.

Cuma sekarang ni aku keliru dengan perasaan sendiri. Apakah yang diinginkan oleh seorang lelaki bila dah keluar dengan seorang perempuan? At first aku ingatkan dia takkan contact aku dah or maybe that's the last time we met. Tapi the next day dia ajak keluar lagi dan sanggup turun ke tempat aku. Dia ni betul-betul ke main-main? Ke atau sekadar nak menghabiskan masa cuti. Tapi bila difikirkan balik buat apa nak habiskan duit dan buang masa untuk aku kalau nak main-main. Hanya Allah saja yang tau niat sebenar dia.

Bila aku cerita pada kawan-kawan terdekat ada yang cakap, "Farah, jangan nampak sangat hang terlalu desperate!" Ayat-ayat macam ni yang aku tak suka nak dengar. Bukanlah aku ni desperate sangat weh! Aku cuma tak suka buang masa aku untuk sesuatu yang tak pasti. Tak rasa ke benda macam sia-sia je? Kalau rasa nak main-main baik move on cari sesuatu yang lebih terjamin. Bila benda macam ni jadi, jiwa aku pun tak tenang. sampai terpaksa solat hajat minta Allah tenangkan jiwa. Tapi bangun pagi ni masih rasa yang sama. Benci betul!

Aku tak suka bila kawan-kawan aku cakap aku ada boyfriend sedangkan perkara tu tak berlaku. Kalau atas dasar kawan, ye aku boleh terima. Sebab perkataan kawan tu tak akan menyebabkan kita rasa terganggu. No heart feeling.    

No comments: