orang sedang baca :)

Tuesday, February 3

Jangan Buat Macam Ni Masa Memandu !!

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita disini. Ada tak perkara-perkara yang buatkan anda semua rasa sangat geram semasa memandu? Bila masa anda nak cepat tapi ada saja orang yang melambatkan perjalanan anda. Well, to be honest, aku bukanlah seorang yang penyabar. Yeah I know my bad. Tapi bukanlah sampai membahayakan orang lain. Cuma aku tak suka bila orang memandu macam jalan itu adalah jalan dia seorang.

Aku nak kongsi 4 perkara yang menjadi kepantangan aku semasa aku memandu.

1. Bawa kereta terhengeh-hengeh. Tak kiralah kat mana-mana sekalipun. Penang ke Perak ke.. aku tak suka orang bawak lembab. Nak bawak lembab sila ke lorong kiri. Paling ketara orang-orang Perak bila memandu. Lagi-lagi yang perempuan. Tolongggggg sangat-sangat! Anda boleh menyebabkan orang-orang kat belakang mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda. Motorsikal pun sama. Janganlah bawak kat tengah-tengah. Bahaya tau tak! Mungkin sebab aku dah biasa memandu kat Penang yang rata-ratanya bawak gila-gila. So bila mai kat tempat lain bawak slow mulalah aku hangin. Ekekeeke! Okay, my bad ~  :D

2. Tahukah anda di sterring kereta anda ada satu alat yang boleh menunjuk arah sama ada ke kiri atau ke kanan? Haha. So tolonglah bagi signal ketika nak membelok. Jangan main masuk simpang tanpa bagi signal. Sangat membahayakan memandu lain tau tak?? Aku pernah jatuh motor gara-gara kereta belok tanpa bagi signal. Fobia okay!

3. Hormat pemandu lain. Aku cukup benci bila orang potong barisan. Like seriously, you tak ada adab ke? Aku penat-penat queue hang senang-senang cilok depan aku?? Main caras pulak! Yang ni sangat aku marah. Kata-kata kesat mesti keluar dari mulut aku. Okay, my bad. Tapi tolonglahhhh. Sila ada sivik dalam diri. Orang lain pun nak cepat jugak. Orang lain pun nak pergi kerja jugak. Puiii!

4. Sebelum nak mulakan perjalanan kat highway yang memerlukan anda bayar tol bagi siapa-siapa yang guna khidmat TouchNGo dan smarttag tu, tolongggggg lahhh top up dulu card anda. Ni dah la tak top up, pastu bila touch kad anda tu kurang 10sen. Wehhhh kurang 10sen kot!! Disebabkan kurang 10sen orang-orang yang queue belakang kereta anda confirm akan mengeluarkan kata-kata kesat sebab anda dah menyukarkan perjalanan orang lain. So pleaseeeeee! Check dulu baki kad sebelum mulakan perjalanan tu.

Kesimpulannya, kita berkongsi jalan yang sama. Jadi janganlah ada rasa pentingkan diri sendiri. Jadilah pemandu yang berhemah untuk mengelakkan diri anda dimaki. Ekekeke. Jumpa lagi! :D


No comments: