orang sedang baca :)

Saturday, April 30

Playful Kiss

Sejak dua minggu yang lepas aku terkena demam Korea.. Drama korea 'Playful Kiss' ni aku tertengok secara tak sengaja kat TV8.. sekali tengok alamak!! Boyfriend aku laaaa.. Oh Kim Hyun Joong oppa!! ailapyu beri seterong!! <3

Cerita ni sangat menarik.. Mengisarkan seorang pelajar perempuan yang bernama Oh Ha Ni dari kelas belakang yang jatuh cinta dengan seorang lelaki kelas pertama yang bernama Baek Seung Jo dalam sekolah diorang.. Tapi Seoung Jo ni tak sukakan perempuan bodoh.. Walau macam mana pun Ha Ni ni tetap tak putus asa.. sampaikan satu hari ni rumah Ha Ni ni boleh plak roboh tiba-tiba disebabkan gempa bumi.. yang kelakarnya rumah dia je yang roboh.. rumah orang lain elok je terpacak.. hahahaha.. nak dijadikan cerita rupa-rupanya ayah Ha Ni dengan ayah Seoung Jo ni dah berkawan sejak diorang sekolah lagi.. bila ternampak berita gempa bumi tu, ayah Seoung Jo call broadcast televisyen tu.. then dari situ diorang jumpa balik ala-ala jejak kasih.. ayah Seoung Jo ajak diorang tinggal sekali sementara tunggu rumah baru Ha Ni dibina..

Bila dah tinggal kat satu rumah sekali cerita makin best.. Seoung Jo dengan Ha Ni asyik gaduh.. tapi si Ha Ni still sukakan Seoung Jo walau macam mana sekali pun.. Seoung Jo pun suka tapi biasalah lelaki.. ego! tak nak mengaku.. haihhh~ penat menaip.. so nak tau cerita ni macam mana kenalah tengok sendiri.. tak payah ikut sangat yang kat TV8 tu.. mengarut~! diorang dah dubbing ke bahasa mandarin.. dah tak original.. pastu nak tunggu plak setiap minggu hari sabtu.. so belilah DVD macam aku.. hehehe! tapi subtitle english la beb.. :p




p/s: cerita ni ada sambungan lagi.. diorang buat sambungan kat youtube..
       tapi tak kesah la.. hero dia handsome!!

No comments: