orang sedang baca :)

Monday, December 21

Bye-bye 2015

Assalamualaikum..

Hi,

Sedar tak sedar kita dah nak sampai penghujung 2015 dah kan? Mesti banyak kenangan manis dan pahit yang kita dah tempuh sepanjang tahun ni. Aku sendiri ada kenangan manis dan pahit sendiri. Dan tak sangka tahun depan (lega sikit rasa macam lama lagi sedangkan bulan depan je) aku akan bergelar Puan Farazzatul. Huhuhu. Bersediakah aku? Aku tau ramai yang akan kata aku tergesa-gesa. Tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku tamatkan zaman bujang aku.

Bila dah nak dekat hari kahwin aku, tak dinafikan rasa sebak kadang-kadang terasa. Seronok tengok kawan-kawan yang lain dinikahkan ayah sendiri. Suatu moment yang mesti tak dapat dilupakan setiap anak perempuan. Tapi aku tak dapat nak rasa saat-saat macam tu. Rindu sememangnya rindu dengan arwah abah. Aku yakin abah diantara insan yang paling happy kalau abah masih ada. Abah akan jadi antara orang yang sibuk menjemput melayani tamu-tamu dia nanti.

Mama pula sejak dua menjak ni asyik tak sihat. Sikit-sikit tak larat. Mama pun dah tua. Aku tau mama rindukan abah. Sampai tak ada selera makan. Sumpah aku risau dengan keadaan mama aku. Aku nak sangat tengok mama aku happy macam dulu. Tu jugak antara faktor kenapa aku nak langsungkan majlis aku cepat-cepat. Sekurang-kurangnya bila bertambah ahli baru dalam keluarga aku, mama tak rasa kosong. Aku nak seorang lelaki yang boleh ambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kalau nak diharapkan pada adik aku, memang susah. Orang-orang tertentu saja yang paham situasi keluarga aku macam mana.

Majlis aku nanti sederhana je. Ikut bajet yang ada. Hantaran pun tak tinggi. Walaupun banyak yang cakap macam-macam pasal hantaran. Aku tegaskan jugak pendapat aku, tinggi-tinggi nanti sampai bila nak tunggu. Umur bukan makin muda. Sedangkan mama aku pun tak kata apa-apa. Jadi, hak aku untuk tentukan apa yang aku mau dalam hidup aku. Nanti aku jemput datang ke majlis aku ok.... jemput sekarang macam awal lagi. Nanti kome lupe.. :D

Take care.

No comments: