orang sedang baca :)

Saturday, June 13

So called "SAHABAT"

Assalamualaikum,

Entry kali ni berkenaan dengan makhluk yang so called "SAHABAT".

Semua orang ada kawan kan? Macam-macam perangai kawan ada kat sekeliling kita. Ada yang baik. Ada yang selalu bagi nasihat. Ada yang senang terpengaruh. Ada bermuka-muka (dalam erti kata lain 'DUIT SYILING'). Ada yang tak kenang budi.

Tapi selalunya kawan-kawan yang negatif ni aku akan selalu avoid. Ada juga kawan-kawan aku yang bermuka-muka. Well bagi aku, semua nya sama saja. Bila dengan orang ni cakap macam tu. Bila dengan orang tu cakap macam ni pula. Jangan la cakap diri sendiri tak bermuka-muka. Masing-masing tetap ada perangai duit syiling tu.

Aku tau kawan-kawan mana yang akan selalu mengata pasal aku. Tapi aku sebenarnya malas nak ambil tahu. Tak mendatangkan apa-apa keuntungan pun pada aku. Ibarat kehidupan aku lagi menarik sebab orang-orang tu dok mengumpat pasal aku. Kan kan? Haha...


Bumi ni bulat. Ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Aku tak nafi dan aku akui aku sebagai manusia biasa ada kalanya aku tak dapat menahan diri dari berkata-kata hal orang-orang di sekeliling aku. So aku assume as hari ni hari aku la kalau ada yang mengata dan mengumpat tentang aku. Tapi kena juga ingat, akan sampai masanya nanti orang-orang yang mengata mengumpat aku akan rasa exactly apa yang aku rasa. Ini bukan lagi karma, tapi KIFARAH Allah. So jangan ingat korang ngumpat orang, orang lain tak ngumpat korang ye.
Tak perlu lah nak saiko dengan gambar-gambar atau quote pasal agama kalau diri sendiri pun pernah dok buat perkara yang korang share tu. Tak perlu rasanya nak share gambar atau quote, "tengah bahagia sekarang ni.. blablabla.." Sebaliknya tepuk dada tanya diri sendiri. Aku ni tak pernah ke ajak keluar sama-sama? Alasan kerja, ada hal lain. Aku tak ada kata apa-apa pun. As aku paham masing-masing ada hak nak luangkan masa dengan siapa pun. Ni dok share semua macam kata kat diri sendiri. Haha.

And kalau pun ada kawan-kawan aku yang kata aku ni bukanlah kawan yang baik. Aku still terima. Tapi ada perkara yang aku memang tak nak ungkit. Tapi aku nak ungkit juga sebab kalau aku tak ungkit mungkin kawan-kawan aku tak ingat. Aku ni kawan yang tak baik, sebab tu dengan gaji aku yang ciput ni lah, yang tak cukup untuk diri aku sendiri, bila kawan-kawan nak mintak pinjam kat aku, aku bagi jugak pinjam walaupun aku rasa duit tu cukup-cukup untuk aku. Sebab aku kawan yang tak baik la, bila kawan-kawan aku tak cukup duit, aku payung kan dulu duit sendiri untuk kawan-kawan. Sebab aku kawan tak baik la, bila aku balik kampung, aku teringat kat kawan-kawan aku, aku usaha la bawak balik apa hasil yang ada kat kampung untuk kawan-kawan aku sekeluarga. Sebab aku kawan yang tak baik la, bila kawan-kawan aku kata bapak dia teringin nak makan sesuatu, aku usaha dengan mak aku pi cari kat kampung untuk bapak kawan-kawan aku tanpa minta dia bayar pun. YAAA MEMANG AKU KAWAN YANG TAK BAIK. 

Tapi tak apa, aku tetap maafkan kawan-kawan yang mengata dan mengumpat pasal aku. Just jangan malukan diri sendiri je. Lepas dah puas mengumpat baru sedar diri sendiri pun sama je.


No comments: