orang sedang baca :)

Friday, January 4

Rezeki itu milik Allah

Salam buat semua..

Alhamdulillah.. terima kasih pada semua yang sudi membeli crepe aku. Dan yang dah banyak kali repeat order, terima kasih banyak2 aku ucapkan. Ternyata, rezeki itu ada di mana-mana saja dan kepada siapa yang Allah kehendaki.

Kepada silent reader yang ada rasa tak senang dengan aku. Aku minta maaf kalau ada perbuatan aku yang menyinggung perasaan kau. Setiap manusia buat kesilapan dan belajar dari kesilapan. Tak ada manusia pun yang sempurna di bumi Allah ni.

Aku tak kisah pun apa orang nak kata tentang aku. Sebab langsung tak mendatangkan keuntungan pada aku dan kalau aku balas balik. Lain la kalau dapat duit. Boleh juga jadi kaya. Jadi apa yang boleh aku buat ialah aku minta maaf sekali lagi. Dan terpulang la pada kau nak maafkan atau tak.

Hukum karma, pasti kau akan cakap perkara yang sama. Aku akan dapat balasan atas kesilapan aku. Tapi kau ada terfikir tak kau juga akan dapat balasan atas kesilapan kau yang lepas. Hidup ibarat roda. Pi mai pi mai tang tu juga. Kalau sekarang masing-masing dah senang dengan kehidupan sendiri, kenapa masih nak porak-perandakan hidup orang lain? Apa yang kau dapat dengan stalking orang lain?

Anyway, aku terlupa nak kongsi satu perkara ni. Terima kasih kak su atas hadiah yang kak su bagi pada saya. Kawan selamanga ya! :)


No comments: