orang sedang baca :)

Friday, December 21

Status Aku Sekarang! Jangan Tanya Lagi!

salam buat semua..

apa perkembangan aku sekarang? bagi aku sekarang ni, semua pertanyaan mengenai hal kerja akan buat aku maki orang tu dalam hati. jadi di sini biar aku terangkan status aku sekarang.

status aku sekarang adalah PENGANGUR YANG BERTAULIAH. aku ulang lagi sekali, aku adalah PENGANGUR buat masa sekarang ni sebab contact aku dah cukup setahun. so lepas ni siapa yang tanya aku macam mana kerja aku sekarang, apa aku buat sekarang or hang dah habis contract dan sebagainya, soalan itu tidak akan dilayan sebab soalan itu akan mengundangkan stress dan cacian dalam hati aku. sebab bukan seorang dua yang tanya, berlambak-lambak orang tanya aku soalan yang sama. jadi aku harap habis takat di sini saja ya kawan-kawan.

biasalah, kerja dengan bank yang mengamalkan perbankan islam (kononnya! nama bank dirahsiakan) sendiri dah menindas orang islam sendiri. haa acaner tu? di mana pekerja contract dianaktirikan. (okay, aku sedar diri yang kami sekadar PEKERJA CONTRACT). bayangkan, masa bulan puasa lepas, kurma pun bagi pada permanent staff saja. bukan la nak sangat pun kurma tu, boleh je beli sendiri, tapi di situ dah nampak ke'bias'an tu macam mana.

jadi berbalik pada topik tadi, ramai yang nasihatkan aku cari kerja lain. jawapannya, YA AKU MEMANG SEDANG MENCARI. kau ingat kerja sekarang ni senang nak cari? boleh main petik je kerja apa yang kita nak? kau salah. bagi aku kerja kena memilih. kau sanggup ke kerja kat tempat yang kau tak selesa? boleh je kau kerja situ tapi kau akan kerja dengan hati tak ikhlas la. so pendapatan kau dapat tu hasil daripada kerja kau yang tak ikhlas. lepas tu bagi anak bini makan. superb!

jadi sampai sini saje. sekarang aku tengah bercuti sambil hilangkan tekanan di kampung aku, harap sekarang dah clear dan jangan tanya aku lagi. salam.


No comments: