orang sedang baca :)

Saturday, December 22

Langkawi Trip With Family!

salam semuanya..!

cuti-cuti takda buat apa-apa ni aku ingat bolehlah aku giat menghidupkan blog aku dah lama tak bernyawa ni. aku nak kongsikan pengalaman aku bercuti di Pulau Langkawi awal bulan lepas. Aku tahu ramai yang dah pergi, malah berkali-kali dah bercuti di Pulau Langkawi dan akan kata, "hak alah minah ni. langkawi je kot! kecoh gila!". tapi aku tetap nak kongsikan pengalaman aku kat sana. lantak aku la kan. hehe

kami mulakan perjalanan kami dari ipoh pada pukul 8.00malam. cadangnya nak naik ferry di Kuala Perlis. tapi kami singgah dulu di tanah kelahiran ku di Penang untuk pekena naik kandaq. sampai di kuala perlis dalam pukul 4 pagi. itu pun kereta bawak perlahan je. kami naik ferry yang beroperasi pada pukul 7.00 pagi, itu pun sesak yang teramat sangat. 


Landcons Hotel
betul-betul berhadapan bangunan Underwater World

hotel jugak berhadapan dengan McD
produk yahudi.. hehe

Galeria Perdana
Harta yang dihadiahkan pada Tun Dr Mahathir dari seluruh dunia

Atuk tua dan Afiq








basikal kayu
basikal ni betul-betul boleh naik tau!

hey hey hang tuah!
ini di Makam Mahsuri

Inilah Makan Mahsuri
mengikut cerita orang. tak tau la betul ke tak.
sebab ada yang kata Mahsuri dibunuh di Padang Maksirat.

Telaga Mahsuri
Budak-budak yang degil tak dengar cakap kalau minum air ni
insyaAllah jadi baik. hehe

Ramai betul orang yang ambil air dari telaga ni

inilah wajah Mahsuri.
wallahualam.

tempat beradu Mahsuri

Dataran Lang

Taman Buaya Langkawi


Dalam Skycab di Langkawi Cable Car

Permandangan dari dalam skycab
Underwater world Langkawi

pinggu.. pinggu!
comel kan?


shark fish. rasanya..

ini adalah obor-obor
cantik macam ribbon

anak obor-obor.
cute kan?

beluttt

masa untuk pulang
nasib baik ada abang ni tolong angkat barang yang banyak tu

sampai di jetty kuala perlis

kesimpulannya, Pulau Langkawi ni sesuai untuk orang yang kaki shopping, suri rumah dan pemborong rokok-rokok serta coklat import. sebab semuanya tak dikenakan cukai. mama aku suka la borong pinggan mangkuk segala. beratus-ratus jugak habis. 

semua tempat-tempat yang aku tunjukkan tu sebenarnya aku dah pernah pergi dulu. jadi takda la teruja sangat. hehe. banyak lagi gambar yang aku nak kongsi bersama, tapi tak larat pula nak upload satu-satu. cukup sampai sini ya kawan-kawan. bye!

No comments: