Tuesday, April 24

Kucing Dan Hairballs

hey hoo!


assalamualaikum..


korang menggemar kucing macam aku tak? aku seorang yang sangat sayang pada kucing. di rumah saje aku ada 7 ekor kucing yang comel-comel belaka. 


dua di antaranya ialah kucing parsi yang bulunya agak lebat. ini akan bagi masalah pada 'doller' dan 'baby' ketika dorang nak grooming bulu dorang. secara tak langsung dorang ni akan tertelan bulu-bulu yang dah mati yang melekat pada lidah kasar dorang. bukan kucing yang jenis bulu lebat saja akan alami perkara ni, malah kucing yang berbulu nipis jugak berkemungkinan mengalami masalah yang sama.


masalah macam ni tak bagus untuk kesihatan kucing-kucing comel kita tau tak? ini kerana kucing tu akan memaksa dirinya untuk muntahkan bulu-bulu yang tersekat dalam rongga badan dorang. korang pernah tengok kucing paksa diri untuk muntah? sangat kesian. nampak ketidakselesaan dorang, rasa macam terseksa je. wuuu T-T


jadi jalan penyelesaiannya, korang perlu ke pet shop atau klinik haiwan untuk mendapatkan gel LAXATIVE yang bertindak membuang bulu-bulu yang tidak hadam di dalam badan kucing kesayangan kita melalui najis. kalau kucing kita nak memuntahkan bulu-bulu pun akan jadi lebih mudah. sebabnya, gel laxative ni jugak bertindak sebagai pelincir yang akan memudahkan kucing untuk memuntahkan bulunya. tak ada la kita rasa terseksa bila tengok kucing kesayangan kita nanti. oh yaa! ini gambar gel laxative tu.....



harga gel ini agak mahal jugak. bagi aku yang tak berduit ni memang la mahal. haha! tapi tak salah kalau kita keluarkan wang untuk kucing kesayangan kita bukan? untuk kebaikan bersama jugak kan? harga gel ni dalam RM20 ke atas. masa aku beli harga dia RM28. baunya agak kurang menyenangkan. patutla kucing aku lari bila aku suakan kat dorang. jadi kalau kucing korang tak sudi nak jilat benda ni di jari, korang colekkan sikit kat bahagia hidung atau mulut. dorang akan jilat dengan sendirinya. bagi 2 atau 3 kali seminggu.

jadi, selamat mencuba! sayangi la kucing-kucing yang ada, kerana kucing adalah binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW. peace! wassalam.. :)



No comments: