Sunday, April 22

Bersiar-siar di Siam

fuhh fuhhh.. banyaknya habuk!

assalamualaikum semua.. 

lamanya tak update blog yg tak seberapa ni.. tahun ni langsung takda update apa-apa.. almaklumlah, dulu boleh jer nak update blog time kerja.. tapi bila nak bekerja di muamalat ni langsung takda peluang nak update apa-apa.. 

jadi aku nak cerita sikit masa aku bercuti di Thailand bulan February yang lepas. dah lama bukan? cerita pun dah basi.. tapi disebabkan aku tak ada modal nak bercerita, kira cerita ni pun boleh la kan? blog aku, aku punya pasal la kan? teheheee..

family aku dan juga family pak lang bertolak ke Thailand pada petang sabtu.. sampai di sempadan pun time dah gelap nak maghrib.. ada sedikit masalah mengenai border pass masa ni yang melambatkan kami.. jadi aku sarankan pada siapa-siapa yang nak masuk ke Thailand dan menggunakan border pass, check betul-betul sebelum pergi.. pastikan tarikh tak luput.. masa ni Makcik dan dua pupu aku punya border pass dah expired.. boleh pulak dorang ni tak check, masa dah sampai baru check.. dah jadi satu masalah!


sudah tiba di check point bukit kayu hitam..

medai nom pak re cing.. NO PARK! haha

check point sempadan Thai.. kat sini la kena chop passport
n border pass.. environment : KOTOR!
sesampai di sana kami mula pusing-pusing di sekitar dannok untuk cari hotel.. guess what, persekitaran kat sana memang sangat kotor! mat-mat dan minah-minah rempit semua tak pakai helmet.. dorang ni memang tak utamakan keselamatan ke apa? tapi apa yang aku lihat, kebanyakan motor yang orang thailand ni pakai adalah jenis 'scooter'.. comel-comel plak tu.. jarang la nak nampak motor 4 lenjan ke, 5 lenjan ke kat situ.. orang lelaki pun naik scooter, kire habis macho la tu.. haha! okay dah dapat hotel, kami bermalam di hotel SP Sweet.. bilik dia boleh la dari takde kan.. tak mewah sangat pun.. yang penting MURAH!

lepas check in bilik, perut pun mula minta diisi.. kami singgah makan kat kedai tepi jalan.. lebih kurang macam kedai makan tomyam kat malaysia la.. tapi dorang ni cakap siam.. yang mana faham bahasa melayu dorang akan cakap dalam bahasa kita la.. senang sikit nak berkomunikasi.. ramai juga orang malaysia makan kat sini.. tapi kebersihan kedai makan tak berapa nak terjamin.. tak ada pilihan, jadi terpaksalah bedal jugak.. makanan dorang takda la sedap mana.. tapi ada satu makanan dorang ni yg buat aku tak puas hati sebab terlalu sedap! hehe.. dapat makan sikit je.. ciss! nama makanan tu ialah DAGING HARIMAU MENANGIS! memang menangis wa cakap lu.. sedap gila! kalau pergi sana korang kena rasa.. dorang bakar daging tu guna batu apa tah aku pun lupa..


'lambatnya makanan nak sampai!' - kata mamaku..
haha!

baba dan dua pupu aku..
dua pupu aku ni doktor ye.. siapa nak kenal sila pm aku k..

DAGING HARIMAU MENANGIS!
rasa nak menangis pun ada.. sebab tak dapat rasa lagi..

ohh... sobb sobbb.. :'(
bila la dapat rasa lagi?


oh ya! lupa aku nak bagitau nilai mata wang kita dengan Thailand ni berapa.. guess what, nilai mata wang kita lebih kurang dengan mereka.. apa yang membezakan adalah rm10 = 100 bath.. cuma tambah '0' di belakang nilai duit mereka.. barang-barang kat sana pun sama saja dengan harga di malaysia.. tak ada istilah barang murah kat sana.. baru ingat nak shopping.. alamatnya aku just window shopping je la.. hehe.. apa yang murah kat sana bunga api je kot.. tapi tak boleh bawak masuk malaysia pulak.. bayangkan mercun bola 50biji satu paket dorang jual rm5 je! bapak murah kot! bunga api yang meletup kat langit tu pun jual murah gila.. siapa yang nak beli boleh la beli tapi kat kastam nanti pandai-pandai la jawab yer.. hehe!okay.. jom layan gambar..


gerai tepi jalan yang jual seafood.. 

di sini pun ada McD yer.. tapi dengar-dengar macam
ada jual benda yang tak halal.. jadi hati-hati bila nak
cari makanan di sana yer..

tengah jalan-jalan, tiba-tiba muncul si gagah ini..
akan ada budak remaja yg membawa gajah ni
pujuk korang beli tebu untuk suap gajah ni dengan cara memaksa..
jadi kalau tak mahu korang kena berkeras sikit katakan NO THANKS!

terjumpa kereta ni masa on the way nak balik ke hotel..
bapak panjang kereta ni.. body dia kalau langgar kereta
mau hancur kereta korang.. hehe


depan hotel ada tuutt tuuuttt..!




breakfast nasi campur..


alas perut dulu..


masa untuk tawar menawar.. barang takde la murah mana pun..
lebih kurang harga malaysia gak..!


kat sini korang boleh cari macam-macam.. dari kaki  sampai kepala..
cuma sediakan $$$ saje.. hehe



HAPPY PIG!
korang sanggup ke pakai baju camni?
hahaha!


salah satu model scooter yang aku terjumpa!
sekali tengok pon dah tau tuan dia perempuan..
comel bukan? :)
Ambil Perhatian!
1. banyak aktiviti yg tak elok kat thailand ni.. korang jangan terperanjat kalau banyak orang malaysia saja kat pusat karaoke dorang.. (sebab aku pun pergi.. hehe) kebanyakannya orang tua.. dikelilingi gadis-gadis thailand sambil minum arak..


2. jangan terkejut kalau korang ternampak ada orang malaysia yang berpelukan di lobi hotel menanti untuk bawak gadis thailand ke bilik.. dorang nak buat apa itu sendiri faham sudah~


3. siaran tv di sana menggunakan satelite hiperbola, jadi bermacam-macam channel korang boleh tonton.. dan ada juga channel untuk porno.. ini aku sendiri experience.. elok tengah tekan-tekan remote boleh terkeluar cerita lucah! tergelabah aku cepat-cepat tukar balik.. banned channel no 901!

No comments: