Friday, April 29

Aku reda..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua..

Minggu yang agak sukar aku lalui. Aku tahu semua sibuk nak tau apa dah jadi kat aku. Ramai yang whatsapp. Tanyakan keadaan aku. Tapi aku tak reply walau seorang pun. Minta maaf banyak-banyak. Sebab aku tak kuat dan masih bermain dengan emosi aku sendiri. Kesempatan ini aku akan ceritakan apa yang aku dah lalui.

Aku disahkan pregnant dan masa tu doktor kata aku dah 6 minggu. Aku tak buat langsung scan untuk check baby. Kata orang tua-tua tak elok scan awal-awal. So aku ikutkan. Pada 8 minggu baru aku ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk buat buku merah. Masa doktor check dan scan, baby aku tak nampak. Hanya nampak kantung saja. Kata doktor baby aku kecik lagi so tak nampak lagi. Aku stay positif masa tu walaupun aku dah mula risau. Kawan-kawan aku pun cakap benda yang sama, baby aku kecik lagi. Tapi aku dah start mengadu pada husband aku, sepatutnya pada usia kandungan 2 bulan iaitu 8 minggu, baby sepatutnya dah develope. Tapi husband cakap tunggu lagi 2 minggu untuk scan dengan doktor. Sebab doktor bagi tempoh lagi 2 minggu untuk scan lagi. Ya, aku still fikir positif. Selang 2 hari, kebetulan masa tu aku memang ada di Ipoh, aku ajak mama untuk scan kat klinik swasta jugak sebab aku dah mula risau. Masa scan, doktor cakap "ni baby awak.. ada.. siapa cakap takda.." Masa tu memang aku tersangat lega.

Minggu seterusnya, aku kena pegi kursus di Kuantan Pahang pulak. Macam-maca nasihat orang bagi. Jangan angkat benda berat, jangan lasak sangat, jangan jalan banyak. Sampai kat tempat kursus, bayangkan dengan beg yang berat tu aku kena angkut naik tangga. Aku anggap saja tu macam dugaan aku. Aku masih kuat sebab rasa macam tenaga masih ada. Aktiviti yang dijalankan masa kursus pun aku ikut serta. Tapi satu malam tu tiba-tiba aku bleeding. Tak banyak pun, sikit je. Aku tak rasa tu serius. Esoknya baru bagitau pada urusetia, kena ke hospital. Lepas check semua, doktor kata baby aku okay. Bleeding mungkin sebab aku lasak hari tu. Banyak berjalan. Dan aku rasa lega.

Minggu lepas aku ke KKIA untuk temujanji scan baby. Masa scan tu kandungan aku 10 minggu dah. Tapi doktor kata masih belum nampak baby. Aku agak marah masa tu. Aku salahkan mesin scan klinik kerajaan yang kononnya tak canggih. Sebab aku scan di klinik swasta boleh je nampak baby aku. Aku ajak husband ke klinik swasta lain untuk scan sebab aku tak puas hati dengan result scan di KKIA. Ajak husband sampai ke klinik di Seberang Jaya untuk scan. Dan result di klinik tu pun sama macam di KKIA. Hanya kantung kosong, baby tak ada. Sedihnya hati masa tu Allah saja tau. Aku dah rasa yang baby aku macam dah tak ada lagi.

Malam tu aku bleeding lagi. Sama macam masa aku kursus di Pahang. Aku plan pula dengan husband untuk check di klinik pakar di Sungai Petani. Dengan harapan kalau di klinik pakar mungkin kelengkapan yang ada boleh menampakkan baby kami. Stay positif, mungkin baby menyorok. Sampai masa untuk scan di klinik pakar, masa scan tu muka doktor tu dah lain. "This is not good, girl.." Masa tu aku tak tau nak react macam mana dah. Hati sedih sangat. Katanya baby aku tak berkembang. Takda heartbeat. Bermaksud baby aku dah meninggal. Baby aku hanya sebesar 0.34cm sahaja. Dan kalau mengikut kandungan aku masa tu sepatutnya baby dah ada sifat. Doktor tu pun baik, dia banyak bagi kata-kata positif. Katanya ada hikmah benda ni jadi. Selalunya baby yang tak menjadi ni, ada kecacatan pada baby tu. Kalau pun baby tu hidup, dia akan mengalami kecacatan. Dan ada sebab kenapa Allah hentikan kejadian baby tu. Aku nampak riak muka husband aku. Aku tau dia sedih. I minta maaf sebab I tak jaga baby kita baik-baik. Balik tu aku menangis, tak dapat nak sorok dah kesedihan aku. :(

Petang tu husband aku cerita pada kakak ipar aku tentang baby kami. Dan dia cadangkan aku ke hospital Sungai Petani untuk check. Nak tak nak aku kena la ke hospital jugak. Aku risau dan aku nak tau apa yang jadi pada baby aku sebenarnya. Tak pasal-pasal aku kena tahan wad untuk jumpa dengan doktor pakar. Hari yang sama aku rasa lebih dari 5 kali perut aku kena scan. Tapi masih kantung kosong. Last sekali doktor scan dari bawah. Baru la nampak baby aku. Dan apa yang doktor pakar bagitau aku, baby aku sebenarnya dah tak ada. Dah tak ada dengupan jantung. Kedudukan baby aku dah jatuh sebab tu tak nampak dalam kantung. Dan doktor cadangkan untuk D&C. Hati masa tu dah macam nak gugur. Sedih. Air mata dah mengalir. Tapi aku tau aku kena kuat. Macam mana pun aku tetap kena lalui semua ni.

25 April 2016.
Aku kena menjalani D&C. Dari pukul 2 pagi aku kena puasa. Actually aku ada curi minum sebab aku batuk dah seminggu lebih tak baik-baik lagi. Tekak gatal. Bila nurse tanya ada makan minum tak, aku tidakkan aje. Kena bius separuh badan. Dah macam patung aku jadi masa tu. Kangkang depan berapa orang pun ntah la. Selak sana selak sini. Dalam keadaan sedar. Dah la dalam bilik bedah tu kemain sejuk. Boleh pula tanya aku sejuk tak. Aku nak cakap pun takda kudrat. Boleh angguk je. Dah kena selimut pun masih sejuk lagi. Pinggang ke bawah memang tak rasa apa dah. Sejuk je rasa. Sedar-sedar doktor kata dah selesai. 6 jam aku dilarang untuk bangun. Kaki pun masih tak rasa apa-apa. Bila batuk seksa betul, bawah perut rasa sakit. Memang tidur je la aku masa tu. Bangun pun tak boleh. Bila sedar husband ngan mak mertua datang. Husband suapkan bubur pun dalam keadaan baring. Bila bius dah habis, aku tak rasa sakit pun. Rasa macam biasa. Tu yang aku pelik. Sebab ada orang kata memang akan rasa sakit lepas bius tu habis. Alhamdulillah aku tak rasa sakit. Cuma darah tu ada la. Tapi tak banyak pun. Even sampai sekarang pun masih ada darah keluar. Sikit-sikit je. Cuma malam tu je aku stress bila dengar bunyi baby menangis kat wad tu. Mula la aku teringat baby aku yang dah takda dalam perut. Usap-usap perut sambil cakap, anak mama dah tak ada. Ayaq mata bergenang lagi. Sampai satu tahap aku rasa ishhh jangan aku meroyan sudah la.

Sekarang hari ke 4. Masih ramai yang whatsapp tanya keadaan aku. Aku alhamdulillah masih okay hingga tahap ni. Aku reda dengan apa yang dah jadi pada aku. Bukan rezeki aku dan husband lagi. Tapi kami akan usaaaaahaaaaaa sampai dapat baby lagi. Hehe. Cuma sekarang ni aku perlukan moral support. Aku perlukan motivasi dari orang-orang keliling aku. Aku perlukan support untuk berpantang dari laki aku. Jangan makan benda yang aku tak boleh makan depan aku. Ni takkkkkk! Dah tau aku tak boleh makan, pi hentam gak depan aku. Tak motivate langsung! haaaa baca ni yangggg! I tau u akan baca. So aku mohon kawan-kawan doakan yang baik-baik saja. Doakan akan ada peluang untuk aku pregnant lagi lepas ni.

Untuk anak mama, walaupun awak ada sekejap je dalam perut mama, mama tetap dah sayangkan awak. Mama sedih bila awak betul-betul dah tak ada dalam perut mama. Mama harap di sana nanti mama dapat jumpa dengan awak. :'( mama sayang awak.

Allah takkan uji perkara di luar kemampuan hambaNya. Ya, aku reda...

1 comment:

Annie Vochelles said...

Bby girl i br tau.. so sad 4 u.. sabar yer.. nanie penah rasa mase tu dah dekat 4 bulan.. nangis jer. Hubby pun x leh bt per.. just ckp dia tngu mom ngan dad kat syurga sane.. x per farah.. u masih muda.. pantang btl2.. ader rezeki kembar lak.. tuhan nie dia x uji hamba nya melebihi aper yg kite mampu.. dari jauh i doakan u moga cepat2 dpt bby lg.. jgn fikir lebih2.. tenangkan jiwa 2 ok lover.. with love i wish u semoga cpt sihat..