orang sedang baca :)

Saturday, August 15

I'm Engaged

Assalamualaikum..




1 Ogos 2015. Akhirnya aku selamat menjadi tunangan orang. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dah kami rancang. Walaupun sebelum majlis ada perkara yang tak sepatutnya jadi berlaku. End up semuanya berlancar dengan baik atas keizinan dari Dia. Alhamdulillah.



InshaAllah tahun depan aku akan bergelar isteri orang pula. Terima kasih tak terhingga pada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis aku. Sangat-sangat terharu. Friends from KL pun datang memeriahkan majlis aku. Housemates also came. Thanks so much for coming. :')



Sekarang ni nak fokus pada majlis nikah and resepsi pula. Well 6 months tak lama. Semua orang cakap benda yang sama. Tapi pada aku macam lama lagi je. Slowly la prepare apa yang patut nanti. Aku sendiri tak tahu nak mula dari mana. Borang mana nak isi lagi, tempah tu tempah ni. Nasib baik dah cari wedding planner and caterer. May Allah ease everything. Amin.



Darah manis. Lepas jadi tunangan orang, perkataan darah manis asyik keluar je dari mulut semua orang. Banyak nasihat. Katanya orang darah manis ni banyak dugaan. Masa ni la akan jumpa orang yang lebih baik dari tunang kita. Fuhhh takutttt seh! Tapi aku rasa dugaan aku mungkin bukan perkara-perkara macam tu. Tapi mungkin dari segi kewangan mungkin. Siapa tahu kan? Nak kahwin ni banyak nak guna duit. Or maybe dugaan yang hanya aku dan tunang aku saja yang tahu. Semoga Allah tetapkan hati kami berdua. Sungguh aku risau benda-benda macam tu. Haishhh. InshaAllah, jodoh kami ada.


Tapi lepas dah jadi tunang orang pun aku still rasa macam takda pape. Still rasa macam biasa, macam dok bercinta hari-hari. The best part is, aku still dok guna panggilan I U tu bila dengan tunang aku. Langsung tak sweet kan? Haha. Takpa, janji aku selesa. Lepas kahwin la tukar panggilan romantik2 sikit. Just ada sweet2 sikit la bila tunang aku tanya, "tunang I tengah buat apa tu? "tunangku watpa?" alalalaaaa... :D

Mama - Aku - Future Mom In Law
macam pakat pulak dua2 pakai warna sama

Future Sis In Law - Niece - Aku
Wisya takmau senyum, agaknya takut tengok
muka aunty dia tebal ngan make up. Haha!

Haji Shoeb's

Thanks for coming, lovelies! Muah ciked!

Gadis Geng-geng 1987
Nov 2014 until jannah


My favourite ladies ever!
Cousins - Housemates - Geng-geng 1987


No comments: