orang sedang baca :)

Thursday, April 9

Pertemuan Yang Tak Dijangka

Assalamualaikum.

Bercerita tentang jodoh pertemuan, semua orang mesti akan teruja. Nak-nak lagi orang-orang macam aku yang masih membujang sampai saat ini. Dah 28 tahun oiihhh! Pernah gak terpikir yang mungkin aku takkan jumpa dengan pasangan hidup aku sampai bila-bila. Mungkin jugak sebab masa zaman sekolah dulu asyik cakap dengan geng-geng aku, "aku tak mau kahwin sampai tua". Hah hambek hang, kena badi setepek. Pastu tengok pulak kawan-kawan sebaya aku yang dah berkahwin, ada anak, berkeluarga. Dah confirm-confirm la aku pun teringin. Nama pun manusia, nak hidup berpasangan.

Tapi seriously, memang aku pikir yang aku takkan bertemu dengan siapa-siapa dah. Tawakal je dengan jodoh aku sendiri. Kalau ada, ada la kan. Tapi dengan kuasa Allah, kita takkan pernah tahu dan takkan dapat agak apa yang akan berlaku. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan dia. Memang aku tak sangka dan tak pernah jangka pun dalam hidup aku. Semuanya secara kebetulan.

Well aku tak pernah pun minta pasangan aku tu perfect. Bagi aku cukup la dia boleh terima aku dan sayang aku. Kekurangan tu slowly kita ubah sama-sama untuk lengkapkan hidup masing-masing. Bukan lagi pemikiran macam budak-budak zaman sekolah dulu, nak yang kaya la, handsome la, bla bla blaa. Cukup la sekadar U sayang I, I sayang u.. U happy, I pon happy. Yang lain-lain tu sama-sama cari untuk lengkapkan. Pertemuan kami memang tak jangka. Seriously aku kena paksa jumpa dia. Tak boleh nak corner mana dah. So cekalkan diri jumpa gak la. Pastu berkawan la sampai saat ni. Insha Allah ada perancangan ke arah seterusnya. Masing-masing dah malas nak main-main. Masing-masing dah tua, 28 tahun dah oihh!

Tapi bila tanya pendapat sesetengah kawan-kawan baik aku sendiri. Aku gak kena kondem dengan depa. Nama pun perancangan. Bukan aku nak sorok ke apa. Sampai saat tu mesti aku akan bagitau ampa. Tak mungkin la aku nak ketepi kawan-kawan baik aku sendiri. Memang ada perancangan, tapi masih terlalu awal untuk aku khabarkan. Insha Allah, aku bukan kawan yang jenis belakangkan ampa. Tapi to be honest, aku agak terasa bila ampa kondem aku bertubi-tubi. Apa yang aku bagitau ampa aritu memang betul. Aku tak menipu kawan-kawan baik aku sendiri. Sampailah saat ni aku hanya mampu berdiam diri. Sebab bagi aku diam tu lebih bagus. Ampa pun tau mulut aku kadang-kadang longkang yang macam mana kan. Aku takmau benda jadi lagi teruk. peace ~ *sorry, aku ter-emo jap*

Jadi, aku harap sangat kawan-kawan aku paham situasi aku. Mohon kawan-kawan doakan agar Allah permudahkan urusan aku sampailah ke jinjang pelamin ye.. =)

No comments: