orang sedang baca :)

Monday, September 1

Be someone who makes you happy ~

Assalamualaikum..

Terasa semakin malas nak menaip di blog. Aku tahu ada orang yang menunggu blog ni diupdate. Haha. So, aku pun malas nak update kerap-kerap. Jangan ingat aku tak tahu. Aku pun stalker terhebat okay! Tapi takpe la. Teruskanlah aktiviti stalk anda kat blog ni ye. Memang blog ni untuk distalk pun. So that anda tahu aktiviti apa aku buat, apa aku rasa.. sedih ke, gembira ke.. Haishh busy body betul~ Haha.

Okay, maaf..

Tak ada apa nak update sebenarnya. Tak ada yang menarik. Aku hanya menjalani kehidupan macam biasa. Pergi kerja, balik kerja, dok rumah, dengan kawan-kawan, tidur dan esoknya ulang benda yang sama. Bosan bukan? Yes! Sangat bosan. Boyfriend? Jauh sekali. Tak larat dah nak berboyfie-boyfie ni. Hidup sekarang ni hanya dikelilingi family dan kawan-kawan. Terima kasih Allah kerana kurniakan dan pinjamkan mereka semua pada aku walaupun hanya sementara waktu. =)

Aku ada ramai family angkat. kitorang dah macam adik beradik. Dari ada yang bujang sampai dah kawin dan ada anak sorang. Dalam proses nak menambah anak pun ada.

"Farah, bila lagi ni? Kak Yong dah dua nak masuk tiga orang dah ni."

"Farah bila lagi nak buat majlis macam ni? Kitorang dah tak sabar ni."

Uihhh! Stress dengar. Asyik-asyik soal kawin yang jadi topik utama bila berkumpul ramai-ramai. Sobs. Sentap mak hokay~ Sememangnya majlis aku sangat dinanti-nanti semua orang. Mungkin sebab aku cucu perempuan yang tinggal. Itu belah Johor. Belah Perak pulak aku cucu perempuan pertama. Ditambah pulak, aku ni anak perempuan sulung dan satu-satunya anak perempuan. So haruslah semua dok tunggu kan? Ekeke.. hantaran tak mahal pun. Mama cakap kurang dari 10k je. Taknak bebankan pihak lelaki katanya. Ekekeke~ Hoih!

Baru-baru ni pegi majlis kawin kak ieja dan abg Mat. Dalam hati mesti soalan-soalan kawin akan datang kat aku. Haa memang betul tanggapan aku. Haihhh. Tapi takpe. Aku tetap berpegang pada kata-kata "tulang rusuk kiri tidak akan bertukar pemiliknya." Tetap akan sabar menanti. Andai di dunia tidak berjumpa, Insha Allah kita berjumpa di syurga nanti. =)

Kak Ieja & Abg Mat 's big day
Semua ni keluarga aku
ada lagi ni.. ni belum cukup korum

Apabila di tanya..
"Farah bila lagi?"
Ini jawapannya..
"I'M NEXT~~!"
bwaahaaa!

Selfiaq satu kali.
Make up sendiri.
Ada yang kata muka anak mami.
Oihh~ aku ni JAGIS iaitu (Jawa + Bugis)
Mana mai mami nya tu?
Lahir ja di Penang. Teheee~


Oh yaaa... aku ada boyfriend baru. Yang membuatkan aku miskin dan poket kering kontang lepas ni sebab nak bagi dia hensem sehensemnya.


-----------------------------------------------


-----------------------------------------


--------------------------------


-----------------------


---------------


---------


----


Akhirnya aku dapat juga sebijik GoPro Hero 3+
dengan harga RM1k+++
Bwahaa~ Harga takmau letak nanti orang complaint
cakap boleh dapat lagi murah la bla bla blaaa..
Nanti aku sakit hati..
Ampa rasa aku nyesal dak beli benda alah ni?
Hahaaa!

No comments: