Assalamualaikum..
Post kali berkenaan pertandingan nasyid Karnival Belia Jom Ke Putrajaya semalam. Alhamdulillah kumpulan Zhufairah telah dipilih sebagai JOHAN. Hadiah tempat pertama dapat trofi, wang tunai rm1000 dan hamper. Dan secara tak langsung kami akan bertanding pula ke peringkat seterusnya di Putrajaya. Mungkin minggu depan. Tapi masih belum jelas tarikh dan lokasi. Aku akan update nanti. Alhamdulillah rezeki dapat ke next level. :)
Rezeki bagi aku yang baru saja masuk kumpulan ni tak sampai sebulan. Hehe. Memang tak jangka kami akan menang. Sebab keadaan kami sangat kelam kabut. Baju tak sama. Tudung pun lilitan tak sama setiap orang. Make up tak habis sebab pengurus kami dah bising-bising sebab kami lambat bersiap. Masa tu mood semua orang nak menyanyi pun dah hilang. Ditambah pula banyak kumpulan dari agensi kerajaan dan institut pendidikan lain yang buat persembahan sangat best. Alat-alat muzik pun banyak. Sedangkan kumpulan kami hanya ada 7 orang saja.
Lepas persembahan semua dah nak balik sebab mood masing-masing dah hilang. Kengkonon nak berselfie ramai-ramai pun terpaksa dibatalkan niat. Tapi pengurus nak juga kami tunggu sampai keputusan diumumkan. Bila keputusan diumumkan, tempat ketiga jatuh kepada sekolah menengah di Seberang Perai Tengah (SPT.. aku tak ingat nama sekolah ni.. maaf ya!), tempat kedua jatuh kepada PDRM kumpulan lelaki. Dan JOHAN jatuh kepada kumpulan ZHUFAIRAH dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP). Masa keputusan nak diumumkan pun kami dah ramai-ramai ambil beg nak pergi kat van dah. Lepas tu patah balik. Hehe.
Disebabkan ada 3 orang ahli Zhufairah yang datang dari kumpulan kebudayaan PSUKPP. Maka adengan make up pun bermula. Aku tak reti nak make up muka sendiri. Siap ada teknik untuk shading la, lukis kening la dan macam-macam. Rasanya sepanjang hidup aku, aku pernah make up 2 kali je rasanya. Yang lain-lain hanya make up gaya aku la. Bedak, eyeliner dengan lips tint je. Haha. Aku tak suka muka make up aku. Dah macam orang lain jadinya. Nantilah bila senang, aku belajar make up dari dorang.
No comments:
Post a Comment