Saturday, May 3

Hello day people!

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu..

Adakah korang orang yang jenis bangun awal pagi semasa hari cuti? Day people or night people? Rata-rata orang bila keesokan harinya cuti mesti akan tidur lewat dan bangun pun mesti lewat. Betul tak? Ini dah jadi macam satu kebiasaan pada semua. Aku juga tak terkecuali. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi. Hehe. Ok aku tipu..kadang-kadang terjadi juga. :p

Ada seorang lelaki ni selalu pesan kat aku. 

"Bangun lambat waktu cuti sangatlah rugi. Waktu cuti habis macam tu je. Baik buat something yang worth it." 

Woahh.. bila fikir balik betul juga cakap dia. Nak tidur bila-bila pun boleh tidur. Takkan la nak qada' tidur sebab kita dah bekerja sepanjang minggu pula kan? Quality time itu penting. So quality time aku hari ni adalah mengemas rumah dengan jayanya. Laundry dok menunggu. Kikikihh! 

Pagi ni bangun, gas nak masak habis. Nak buat breakfast pun tak dapat. Berlaparlah aku satu hari ni. Nak keluar beli makanan pun kena fikir berkali-kali. Dengan keadaan parking susah nak dapat kat sini. Ditambah pula ada ca ya nun alif mati, dorang dah conquer parking untuk pelawat-pelawat dorang. Sakit pula hati kite nih!


monolog saya : bosan sungguh weekend ni sorang2. kalau dah kahwin at least ada juga peneman. sobs..

No comments: