Entry yang kedua untuk hari. Aku baru saja dapat jemputan kenduri kahwin kawan baik aku sejak dari sekolah menengah lagi. Seorang akan menamatkan zaman anak dara hujung bulan ni dan seorang lagi awal bulan Jun nanti. Jodoh mereka dah sampai. Alhamdulillah. Jodoh aku je yang masih belum sampai. Orang kata nak cari jodoh sendiri kenalah berusaha. Tapi di celah mananya nak mencari? Aku bukanlah seorang yang senang nak bergaul dengan orang yang aku tak kenali. Sebab itu aku sering dilabelkan sebagai seorang yang sombong.
Aku pernah juga tergerak untuk mencari jodoh secara online di laman Facebook. Tak dinafikan ramai yang cuba untuk mengenali. Beribu friend request dan mesej yang masuk. Pelbagai genap umur dan ragam. Tapi aku tak pandai nak membalas semuanya. Sebab aku bukanlah seorang yang mudah mesra. Ada juga beberapa orang yang kononnya nak getting serious. Tapi banyak yang main². Ini bukanlah masa nak main² lagi la encik. Umur pun makin meningkat. I'm 27 years old this year!
Memilih itu perlu bagi aku. Kahwin untuk sekali seumur hidup. Itu pun mintak la jodoh panjang. Terkilan juga sebab tak sempat bagi cucu pada arwah ayah aku. Sebab arwah sangat suka budak². Macam yang aku kata sebelum ni. Aku nak cari seorang lagi lelaki dalam keluarga aku. Orang lelaki yang ada dalam keluarga sekarang ni hanyalah adik aku seorang. Tak salah kalau ada seorang lagi lelaki dalam keluarga untuk diharapkan. Keluarga kami tak besar. Aku hanya ada mama dan adik aku saja.
Orang kata jangan takut untuk berkahwin walaupun ada kekangan dari segi kewangan. Rezeki selepas berkahwin tu sangat banyak. Ini diakui sendiri oleh kawan² aku yang dah berkahwin. Rezeki tak pernah putus dan duit itu sentiasa ada walaupun gaji tak seberapa. Allah bantu mereka yang dah membina masjid.
Bercinta selepas berkahwin. Aku tak tahu apa kemanisannya. Aku sendiri pun belum lalui perkara ni. Aku harap satu hari nanti aku dapat rasai sendiri apa itu nikmat bercinta selepas berkahwin.
I'll promise that.. |
No comments:
Post a Comment