Friday, May 2

Cerita sepanjang minggu.. kehkehkeh

Assalamualaikum,


 
Dua hari cuti, hari ni sampai kat office terima satu memo atas meja. Fuhhh aku terpilih untuk join kumpulan nasyid PSUKPP. Dulu aku pernah join vocal test untuk koir. Siap diminta untuk bawa minus one bagai. Ingatkan main² je, sampai kat auditorium dah siap dengan karaoke pulak. Kata pengurus team koir, ini untuk pemilihan orang yang betul² boleh menyanyi je. Macam la kami² ni hadap sangat nak join. Join pun suka² je laa. Tak sangka pula dapat terpilih untuk nasyid. Tak gamak rasanya nak satu team dengan budak² kebudayaan. Depa tu dah la kerek semacam. Gedik pun ada. Habis la aku lepas ni... (=_=)!

Team Koir PSUKPP
Tudung pun tak berapa nak betul
tak suka pakai tudung bawal (-_-)

Selasa lepas ada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PSUKPP. Team Koir kena perform lagi. Kali ni bertempat di Gurney Hotel pulak. Aku agak kelam kabut hari tu sebab dapat perlepasan balik awal tapi ada majlis tandatangan dengan Ketua Menteri pula. Nak tak nak kena stay dulu kat office. Sampai hotel kelam kabut siapkan diri. Walau macam mana pun, Mamu Aziz cakap persembahan best. Eceh.. bukan carca marba ka mamu? Hehehe

So hari ni Jumaat, kena get back to work! Walaupun masih dalam mood cuti. Esok cuti lagi.. hooraayyy! Tapi tak dapat balik kampung. Mama nak balik JB katanya. Uh, cakap pasal mama.. dah mula bising suruh cari menantu. Bukan tak nak cari, dah cuba untuk cari. Dah pernah bawak balik calon pun. Tapi tak jadi jugak. Jadi macam was² nak bawa siapa² balik rumah dah. Macam dah jadi satu pengajaran. Selagi belum jumpa dan confirm si dia boleh menjadi lelaki dalam keluarga, jangan sesekali bawa balik jumpa mama. Mana nak letak muka nanti kalau jadi balik macam hari tu. Demyuhhh lelaki itu! haha.. Takpa aku dah maafkan hang. *Peace!* v(>_<)v

Hari Jumaat..
Hari memakai jubah :)


No comments: