Sejak dua menjak terasa risau dengan keadaan diri sendiri. Dah berjaya turunkan berat hampir 12kg sejak awal tahun yang lepas. Tapi sejak sebulan yang lepas, makan dah macam syaiton nirrojim! Takda pantang apa² langsung. Badan dah naik. Baju yang dulu longgar² dah mula nak mengetat balik. Wuuu (T-T)
Ramai juga yang dah tegur, kenapa badan naik balik sedangkan dulu dah kecik sikit. Jawapannya adalah.........CHEAT!
Jangan sesekali cheat masa diet. Sebab sekali cheat confirm akan rasa nak cheat lagi. Sia² diet selama 3 bulan. Ini serious! Bila nak start balik akan rasa nak tangguh². Bila rasa nak diet balik esok hari, mesti akan jadi esoklah.. esoklah.. minggu depan lah.. bulan depanlah.. urghh! Tak boleh jadi ni. Kena ada sesuatu yang boleh motivate diri untuk teruskan misi berdiet.
Dengan semangatnya aku nekad untuk mulakan balik diet yang dah aku buat sebelum ni bermula hari ni. Cewahhh! Harap semangat akan terus kuat lepas ni. Dan disebabkan semangat nak berdiet, aku dah beli stok untuk detox benda² yang aku dah makan selama sebulan lepas. Huhu. Semalam dah minum clenxtea, pagi² buta aku dah ulang alik pegi toilet membuang. Berlanjutanlah sampai kat office pagi ni. (T-T)
Teh Herba Sekotak dalam rm28.00+ |
Bagus untuk siapa² yang nak buang toksik dalam badan, memang dia 'buang' habis² |
Seperti biasa, hari Isnin kemalasan untuk bekerja tu mesti ada. Mood bekerja masih belum ada. Sedangkan malam semalam dah fikir apa yang nak buat di office hari ni. Sampai office bukak blog, baca gossip. Kerja apa pun tak jalan. Hehe.
Sebelum ke office, masih dalam kereta. Muka kengkonon semangat nak bekerja. Siap selfie bagai. |
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
It's Monday Blues, Baby!!!
(-__-)
Sampai² office... muka terus jadi camni. Mana pi mood kerja??? |
No comments:
Post a Comment