Tuesday, August 19

Ya! Aku terima!

Assalamualaikum..

Setelah berfikir habis-habisan. Aku setuju untuk terima tawaran ke Jabatan Perangkaan tu. Banyak jugak mintak nasihat kawan-kawan terdekat. Mama? Mama memang sokong apa saja keputusan aku. Yang penting pandai jaga diri katanya. Pada mulanya memang berat hati nak terima. Selama 10 bulan kat SUK ni banyak kenangan yang best. Rasa sayang nak tinggalkan. Kalau ikutkan hati memang tak nak terima tawaran tu. Sebab yakin sangat dengan jawatan yang aku dapat as calon simpanan. Jawatan yang simpanan tu yang aku tunggu-tunggu sebenarnya berbanding dengan perangkaan ni. Tapi ramai yang nasihat supaya terima dulu. Nanti bila yang lain menyusul baru fikirkan balik. Yang penting status TETAP dan bukan lagi KONTRAK.

Ramai yang tak tahu aku di SUK hanya berstatus KONTRAK. Tapi kontrak pun okay. Ada juga kawan-kawan yang dah kerja lebih dari 3 tahun walaupun hanya berstatus kontrak. Yelah, walaupun takde keistimewaan macam tetap macam skim pencen, tapi still okay bagi aku. Tambahan lagi, sepanjang di SUK aku tak pernah terfikir akan bekerja dan terlibat secara langsung dan tak langsung dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' SUK, Exco-exco, dan banyak lagi. 

Aku juga dipilih menjadi sebahagian daripada ahli Zhufairah. Kumpulan nasyid SUKPP. Tak lama lagi akan ada pertandingan festival nasyid. Sedih sangat sebab tak dapat nak turut serta dah. Apa yang aku dah capai di SUK memang sama sekali tak pernah terfikir. Dari tak kenal siapa-siapa, sampailah ramai kawan dah kat komtar tu. Sedih jugak nak tinggalkan kawan-kawan kat komtar. Tak dapat dah nak bersembang macam selalu.

Semoga urusan aku dipermudahkan oleh Allah. Aku tak kisah kalau ditempatkan di KL sekalipun walaupun aku tak suka. Masih berharap akan dapat di Penang. Tak larat rasanya nak berpindah-randah dah. Barang koi banyak kot kat sini. Tapi sekiranya dapat di KL aku masih bersyukur. Ada jugak kawan-kawan kat sana walaupun tak banyak. Takda la macam kera sumbang nanti. Hehe. Dan harap dapat bertemu jodoh di sana. Wahhh.. Ini kawan-kawan aku yang cakap ye. Tempat baru kan... so kena la mengharapkan sesuatu yang baru jugak. Lalalaaa~ Berangan! :p

No comments: