Assalamualaikum..
Saya guna 'aku'..
Setiap kali aku nak update blog, mesti stuck kat ruangan compose. Sebenarnya malam semalam dah fikirkan macam-macam nak update. Bila sampai masa nak update otak ni macam dah 'jammed'. Why ah?
Lately aku lebih selesa update status di Wechat. Bagi aku lebih privacy berbanding Facebook. Walaupun kawan dalam FB sampai 2 ribu lebih. Tapi boleh kira berapa kerat je yang aku betul-betul kenal. Yang lain? Nan hadooo~ So ambil langkah selamat, aku update je kat wechat.
Berbalik kepada status wechat. Semalam tiba-tiba teringat tentang 'kesempurnaan yang di cari'. Rata-rata orang zaman sekarang terlalu mencari kesempurnaan pada pasangan masing-masing. Malah terlalu taksub mencari kesempurnaan tanpa sedar diri sendiri tak sempurna mana pun. Sebelum apa-apa perkara pun cermin diri sendiri dulu lagi bagus.
Perempuan sebenarnya tak kisah pun rupa atau fizikal seseorang lelaki tu. Perempuan lebih melihat pada cara pembawakan dan layanan seseorang lelaki. Kalau lelaki tu kacak tampan tertarik menarik, memang satu bonus la. Perempuan mana yang tak nak lelaki macam tu kan? Aci kerat jari la kalau ada perempuan yang tak nak. Hehe. Aku ambil contoh Namee Roslan. Maaf Namee I ambil u sebagai contoh. Hihi. Suami Namee bukan la kategori lelaki yang akan dipilih oleh wanita kalau dari segi paras rupa. Tapi dalam penulisan Namee, beliau menggambarkan suami beliau sangat penyayang. Sangat bertoleransi. Happy family. Siapa yang tak nak macam tu? Beliau sangat bertuah sebab bersuamikan lelaki yang macam tu.
Tapi lelaki pula sebaliknya. Lebih memilih kepada rupa dan fizikal. Sedangkan benda-benda macam tu tak kekal lama pun. Hari tua nanti berkedut jugak. Itu pun kalau umur panjang. Bwahaa~ Tapi kadang-kadang lelaki yang memilih pun tak sedar diri sendiri pun tak ada rupa. Tapi sibuk nak mencari kesempurnaan dari segi tu. Sungguh tak paham. Tak sedar pulak diri tu pendek, hidung kembang, hitam, demok, serabai dan bla bla blaaa.. Oopss~! Maaf, mohon terasa. Haha. Tapi nak cari pasangan mengalahkan bidadari kayangan. Heh~ Tolong berpijak di bumi yang nyata ya. ;D
Carilah lelaki yang boleh mengajar kamu tentang aurat, bukan lelaki yang suka mengurat - bawahahaaa~
Ternampak quote ni di wechat moment orang. Ada juga betul nya. Aurat perempuan kena jaga. Walaupun dengan suara sekali pun. Yang ni aku terasa. Uhukkk! Aurat isteri nanti suami yang akan tanggung dosa kalau tak dijaga. Kalau belum berkahwin, ayah yang akan tanggung dosa aurat anaknya. Hmmmpphh... Kalau ayah dah tak ada macam aku? Ermm.. Ayah kita yang akan diazab dalam kubur. Nauzubillah min zalik.. Astaghafirullah al azim.. ampunkan aku Ya Rabb.. Sesungguhnya aku masih jahil dalam agamaMu. :(
No comments:
Post a Comment