Assalamualaikum..
Saya guna 'AKU' ..
Pernah tak jumpa dengan orang yang selalu menasihati orang lain tentang perhubungan dan cinta tapi diri dia sendiri single? Macam kelakar kan? Tapi actually orang macam ni bagus. Aku suka baca nasihat-nasihat orang macam tu. Ibarat motivate diri kita sendiri. Slogannya "Keep Calm, Stay Single!" hehe
Cinta tu sebenarnya indah kalau kita ikut haluan yang betul tanpa sesat. Orang selalu cakap, kita tidak akan sedar sehingga la dia meninggalkan kita. Tapi sebenarnya kita tahu apa yang kita ada cuma kita tak tahu bila dia akan meninggalkan kita. Hargai apa yang kita ada hari ini sebab kita tak tahu bila kita akan kehilangannya esok.
Dan ramai juga yang selalu cakap, "GIVE UP LA".. "MOVE ON LA".. "DON'T LOOK BACK".. Jarang ada orang yang akan nasihatkan untuk tidak give up. Rata-rata semua akan minta kita give up kalau berlaku sesuatu perpisahan. Tapi bagi aku, kalau ada sorang yang tiba-tiba nasihatkan untuk jangan give up mungkin dia paham apa yang kita lalui sebenarnya. Walaupun yang minta kita give up tu sebenarnya tak nak kita rasa sakit. Tapi kalau ikutkan hati memang tak nak give up kan walaupun ada beribu alasan untuk give up. Hehe
Nak give up memang la boleh. Tapi macam rugi je aku rasa. Nak kena mula balik from beginning. Nak kena buka buku baru dengan orang baru. Nak kena "Hai" "Dah makan ke?" "Selamat malam" "Selamat pagi" dan bla bla blaaa~ Dari mula balik baik teruskan, dah separuh jalan pun kan. Huishhh... Apa salahnya teruskan dengan buku lama, dengan buang yang keruh dan ambil yang jernih. Rasakan balik kemanisan bersama. Buang ego dan perbaiki diri masing-masing. Berusaha untuk ke level seterusnya iaitu mencari keredhaan ke hubungan yang HALAL. Tak perlu nak buang masa mulakan dengan orang baru, sebab masing-masing pun dah paham perangai masing-masing. Kelebihan dan keburukan masing-masing. Ibarat apa saja benda loyar buruk hang semua aku dah tau. Tak payah nak cover-cover dah kan. Hihi.
"Find someone who knows all of your flaws, differences and mistakes, yet still sees the best in you"
Tapi itu bagi aku, tak semua orang boleh terima bulat-bulat. :)
**************************************
Saya nak jadi cinta yang beri kebaikan di
dunia dan akhirat awak. Bukan cuma nak jadi cinta dunia awak sahaja. Mungkin awak tak tahu atau tahu, tapi awak buat-buat tak tahu, tapi
DIA tahu, DIA tak pernah bagi kebenaran pada saya untuk
bagi peluang pada orang lain buat masa ini. Saya pun tak tahu
kenapa. Haishh. Saya bersyukur dengan apa yang DIA bagi pada saya. Alhamdulillah selagi termampu untuk menjaga hati ini, sekalipun dugaan yang terlentang, terhidang dan ter ter lagi, saya tetap percaya dengan
Kuasa Allah. Kerana rusuk kiri tidak pernah bertukar miliknya. :)
**************************************
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa dia adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah dia bagiku. Dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya. Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa ia mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya. Dan takdirkanlah kebaikan untukku dan rahmatilah aku.
Biarpun siapa pun dia, walau ku tahu kisah silamnya, walau apa pun berlaku antara aku dan dia, tak pernah kisahkan itu, kerana aku pun punya kisah silam, aku punya kelemahan yang dia tak pernah terlalu dia rungutkan. Melihatkan dia tetap aku ingat padaMU, teringat agar iman aku terbimbing satu hari nanti dengan tenang. Melihatnya pun sudah berdosa, segaralah halalkan aku ke atasnya agar segalanya yang berlaku mendapat berkatMU.
Amin Ya Rabb...
Biarpun siapa pun dia, walau ku tahu kisah silamnya, walau apa pun berlaku antara aku dan dia, tak pernah kisahkan itu, kerana aku pun punya kisah silam, aku punya kelemahan yang dia tak pernah terlalu dia rungutkan. Melihatkan dia tetap aku ingat padaMU, teringat agar iman aku terbimbing satu hari nanti dengan tenang. Melihatnya pun sudah berdosa, segaralah halalkan aku ke atasnya agar segalanya yang berlaku mendapat berkatMU.
Amin Ya Rabb...
No comments:
Post a Comment