Monday, August 11

Bila berbicara soal itu...

Assalamualaikum..
saya guna 'Aku'..

Beep! Beep! Setiap pagi pasti akan ada SMS yang dihantar oleh seseorang. Setiap pagi, setiap hari, setiap petang, setiap malam, setiap masa. Mesti akan tersenyum sendiri bila baca sms tu. Macam orang dilamun cinta. Betul tu! Itu penyakit cinta namanya. Orang dah mabuk cinta. Seronok kan ada perasaan macam tu? Rasa disayangi, diberi perhatian, dicintai, dihargai dan berbagai di di lagi lah. Orang dah kahwin pun tak macam tu. Hehe~

Semua orang mesti penah lalui dan rasai saat-saat macam tu bukan? Yes! Aku juga tak terkecuali. :) Perasaan tu boleh buat kita bahagia, tersenyum senantiasa, senang hati. Hebat kan rasa macam tu? Sebab ada orang sayangkan kita. Ada teman untuk berkongsi cerita dan masalah. Rindunya saat-saat itu. :(

Jadi, bila soal jodoh, soal nikah kahwin. Semua perempuan akan jadi excited. Tak sabar-sabar. Terbayangkan majlis perkahwinan yang indah-indah bila sembang bab-bab kahwin. Tapi nak buat macam mana. Calon jodoh belum ada dan muncul. Itu la masalah utama. Mesti akan ada banyak keluhan yang keluar. Haihhh~
Seronok tengok orang yang bernikah di usia muda. Yang tengah study tu keputusan kemain meningkat. Dapat sumber inspirasi la katakan. Hidup dah berteman. Yang dulunya kata tak berapa nak berduit. Alhamdulillah rezeki semakin murah selepas kahwin. Allah sentiasa murahkan rezeki orang yang berniat nak mendirikan masjid. Ruginya kahwin lewat. Tapi.... Calon jodoh masih belum ada dan muncul. Hanya mampu mengeluh lagi. Haishhh~


Perasaan cinta yang lahir terhadap diri seseorang bukanlah petanda kita akan memilikinya, namun kadang-kadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita. Untuk dilihat bagaimana kita memelihara,mengawal dan mengurusnya. Perasaan CINTA itu amanah dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.


Ya Allah, aku sangat menyesal atas perbuatanku di waktu lalu. Sungguh aku malu dan menyesal atas apa yang telah terjadi. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa aku di masa lalu kerana terlalu mengikutkan nafsu. :(

No comments: