Monday, September 5

PETKNODE : kekejaman terhadap si comel!

korang pernah hantar kucing kesayangan korang ke mana² pet boarding centre tak? pernah dengar pasal PETKNODE? aku baru tau pasal perkara ni semalam dari status ayam ayem kat facebook. lepas aku click link yg beliau bagi. hati aku terus sayu dan pilu bila ada pihak yang menganiaya si kecil yg tak bermaya. ramai yang hantar kucing² kesayangan mereka di PETKNODE minggu lepas atas sebab musim perayaan. tapi tak sangka pihak yg diberikan kepercayaan untuk menjaga si comel ini mengabaikan tanggungjawab mereka. mereka dibayar untuk menjaga kucing² ini semasa ketiadaan tuannya. tapi malangnya, makan dan minum kucing² ini langsung tak diberikan. sampai ada yang mati. paling menyedihkan ada ibu kucing dan anaknya mati bersebelahan bagaikan berpelukan di dalam satu sangkar yang sama.


ya Allah! kenapa perkara² macam ni boleh berlaku? ke mana sifat² kemanusiaan yang ada pada diri mereka? atau mereka sebenarnya memang tak ada langsung sifat itu? atau lebih tepat sekali mereka ni berhatikan syaitan, bukan berhatikan binatang kerana binatang sendiri sayangkan anak mereka sendiri. tak tahukah mereka bahawa kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah? aku harap sangat pihak² berkuasa ambil tindakan terhadap mereka yg terlibat ni. denda kompaun langsung tak setimpal dengan apa yang telah mereka buat. pernah dengar tak tentang kes seorang tomboy (chow xiao wei) yg memijak anak² kucing sehingga mati dan hanya di denda sebanyak rm400.. setimpalkah? berbaloi ke dengan kemarahan rakyat malaysia tentang isu ini? di mana keadilan terhadap kekejaman binatang?


buat pertama kali aku melihat gambar² kucing yg teraniaya ni, hati tersangatlah sayu. marah! geram! mulut memaki hamun mereka yg terlibat. tapi apakan daya, aku tak dapat berbuat apa² melainkan berdoa agar yg terselamat cepat sembuh seperti sedia kala. dan berharap tuan empunya kucing yg di hantar ke PETKNODE dapat kembali kucing kesayangan mereka.


sayu.. sedih melihat kesengsaraan
yang ditanggung oleh si comel ini.. :'(

paling menyayat hati.. ibu dan anak mati
bersebelahan bagaikan berpelukan akibat kebuluran..

si kecil yang tak dapat bertahan akibat
kebuluran.. kekurangan air..sedih.. :'(

kurus kering.. alhamdulillah mereka terselamat..

PETKNODE akhirnya digeledah. menurut sumber berita, sebanyak 16 ekor kucing yang mati. semoga tuan empunya kucing yang mati tabah. bagi siapa² yang mahukan lebih info bolehlah ke laman facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. bagi yang ingin menjadi sukarelawan untuk menjaga kucing² ni buat sementara boleh hubungi admin KTAJ.


dari dulu lagi aku tak percaya pet shop yg ada servis untuk jaga kucing. aku sendiri pernah hantar kucing aku (doller), bila aku ambil balik, doller kurus macam tak makan. sejak² tu kami sekeluarga akan letak makanan dan air dalam kuantiti yang banyak kalau nak tinggalkan rumah dalam jangka masa yang lama. plus, kucing tak makan banyak pun. kita sendiri boleh agak kuantiti makanan si comel kita.

Doller.. si comel saya..



p/s: alhamdulillah.. masih banyak manusia yg berhati mulia jadi sukarelawan untuk menyelamatkan kucing² tu. dan bagi manusia² kejam yang makan duit haram tu, semoga mereka dilaknat Allah. ameen!


No comments: