KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang mengadakan perjumpaan pertama di Putrajaya, semalam digesa supaya menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum untuk pekerja di negara ini seiring dengan peningkatan kos sara hidup sekarang.
sumber : Berita Harian Online
anda setuju atau tak cadangan di atas? sektor awam atau swasta? okay, mereka tak nyatakan.. mungkin ramai yang akan setuju.. terutamanya orang² yg bekerja di sektor kerajaan.. bagi yg bekerja di sektor swasta mungkin akan membantah sekeras² sama macam aku.. bukanlah berperasaan dengki, tapi ada beberapa faktor yg membuatkan mereka TIDAK LAYAK sama sekali menerima cadangan di atas..
aku bekerja di sektor swasta, aku pernah berurusan dengan mereka yg bekerja di sektor kerajaan dan separuh kerajaan (semi government / badan berkanun).. mereka ternyata sangat malas.. sangat ambil mudah kerja mereka.. baru-baru ni aku ke TNB (semi goverment) untuk interview.. kebanyakkan mereka hanya menghabiskan masa mereka dengan bersembang dan bergosip.. sampai saja di office, mereka akan ke cafe untuk tea break.. macam ni ke cara mereka bekerja? senangnya.. tiap² bulan gaji jalan.. jadi pada mereka, buat apalah nak kerja teruk².. kan?
kenapa mereka yg bekerja di sektor kerajaan sangat tidak mesra dengan orang awam? terutamanya perempuan² yg duduk di depan kaunter.. secalit senyuman langsung tak ada.. ditambah pula dengan bebai semasa membuat kerja.. kalau tak suka dengan kerja tu buat apalah susah² apply kerja kat situ.. langsung tak mesra dengan orang awam.. susah² sangat berhenti je kerja..
kadang² tu telefon pun malas nak angkat.. mereka tak tahu ke tindakan mereka tu menyusahkan orang ramai? naik geram juga.. kadang² kita ada urusan penting untuk diselesaikan tapi disebabkan mereka, dah jadi satu hal pula.. menyusahkan orang.. jadi perlu ke mereka di beri gaji pokok minimum rm1500 tu?
bagi aku, kebanyakkan mereka yg bekerja di sektor kerajaan ni suka bekerja sambil lewa.. tak layak langsung diberi gaji seperti yg dicadangkan.. hanya layak diberi pada golongan swasta kerana sektor swasta sangat mementing kualiti kerja.. kenaikan gaji mengikut pretasi kerja pekerja bukankah lebih bagus daripada memberi kenaikan pada orang² kerajaan dengan sewenang²nya dengan tidak melihat pada prestasi kerja orang itu.. sangat tidak adil!
No comments:
Post a Comment