Friday, September 30

Gaji Naik RM1500...???

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang mengadakan perjumpaan pertama di Putrajaya, semalam digesa supaya menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum untuk pekerja di negara ini seiring dengan peningkatan kos sara hidup sekarang.


sumber : Berita Harian Online


anda setuju atau tak cadangan di atas? sektor awam atau swasta? okay, mereka tak nyatakan.. mungkin ramai yang akan setuju.. terutamanya orang² yg bekerja di sektor kerajaan.. bagi yg bekerja di sektor swasta mungkin akan membantah sekeras² sama macam aku.. bukanlah berperasaan dengki, tapi ada beberapa faktor yg membuatkan mereka TIDAK LAYAK sama sekali menerima cadangan di atas..


aku bekerja di sektor swasta, aku pernah berurusan dengan mereka yg bekerja di sektor kerajaan dan separuh kerajaan (semi government / badan berkanun).. mereka ternyata sangat malas.. sangat ambil mudah kerja  mereka.. baru-baru ni aku ke TNB (semi goverment) untuk interview.. kebanyakkan mereka hanya menghabiskan masa mereka dengan bersembang dan bergosip.. sampai saja di office, mereka akan ke cafe untuk tea break.. macam ni ke cara mereka bekerja? senangnya.. tiap² bulan gaji jalan.. jadi pada mereka, buat apalah nak kerja teruk².. kan?


kenapa mereka yg bekerja di sektor kerajaan sangat tidak mesra dengan orang awam? terutamanya perempuan² yg duduk di depan kaunter.. secalit senyuman langsung tak ada.. ditambah pula dengan bebai semasa membuat kerja.. kalau tak suka dengan kerja tu buat apalah susah² apply kerja kat situ.. langsung tak mesra dengan orang awam.. susah² sangat berhenti je kerja..


kadang² tu telefon pun malas nak angkat.. mereka tak tahu ke tindakan mereka tu menyusahkan orang ramai? naik geram juga.. kadang² kita ada urusan penting untuk diselesaikan tapi disebabkan mereka, dah jadi satu hal pula.. menyusahkan orang.. jadi perlu ke mereka di beri gaji pokok minimum rm1500 tu? 


bagi aku, kebanyakkan mereka yg bekerja di sektor kerajaan ni suka bekerja sambil lewa.. tak layak langsung diberi gaji seperti yg dicadangkan.. hanya layak diberi pada golongan swasta kerana sektor swasta sangat mementing kualiti kerja.. kenaikan gaji mengikut pretasi kerja pekerja bukankah lebih bagus daripada memberi kenaikan pada orang² kerajaan dengan sewenang²nya dengan tidak melihat pada prestasi kerja orang itu.. sangat tidak adil!

Pencen Umur 65?? Saya Bantah!

assalamualaikum.. agak berhabuk juga blog aku ni.. dah lama sangat tak mengarang.. tapi kalau karang atau tak sama saja.. tak ada pun manusia yg nak baca pasal kisah hidup aku.. blog aku bukanlah blog free thinker.. kebanyakkannya pasal aktiviti aku bersama teman².. hehe


baru² ni kecoh pasal cadangan hendak melanjutkan perkhidmatan bagi orang² yang bekerja di sektor swasta.. dilanjutkan pula ke umur 65 tahun baru boleh pencen.. banyak orang yg kurang setuju dengan cadangan ini.. aku pun tak setuju jika perkara ini betul² berlaku.. walau bagaimanapun, mereka boleh memilih sama ada ingini pencen pada usia itu atau pun tidak.. bayangkan kalau ianya betul² berlaku.. office akan dipenuhi dengan orang² tua yg dah nak kerepot.. sungguh tidak  memberi seri pada office tersebut.. haha! maaf, ini hanyalah imaginasi aku.. :p


kenapa ramai yang kurang bersetuju?? jom kita rungkaikan satu per satu..


setiap tahun ramai graduan² yg dihasilkan oleh universiti² di serata malaysia, bukan seorang dua tapi berpuluh² ribu.. jadi bagaimana mereka nak mencari pekerjaan sekiranya 'golongan lama' masih bekerja..? mereka tidak diberikan peluang untuk mengaplikasikan apa yg mereka dah belajar semasa universiti.. dan akhirnya satu jalan yg mereka dapat.. iaitu menanam anggur di rumah.. (menganggur)




ya.. orang yg menganggur selalu dipandang rendah semua orang.. orang akan berkata macam²..


"dia tu tak mau kerja, memilih kerja la tu!"


bagi pendapat aku, mereka harus MEMILIH pekerjaan.. takkanlah setelah penat belajar siang dan malam, menelaah sehingga larut malam, dan akhirnya mendapat segulung ijazah tapi nak bekerja di restoran McD? KFC? Pizza Hut? dan sebagainya.. seharusnya mereka perlu memilih pekerjaan yg setaraf dengan kelayakkan yg ada.. tak cukup berkualitikah mereka? aku yakin, ramai graduan kita yg berkualiti.. mereka harus diberikan kepercayaan.. ramai juga di antara kenalan aku yg mengambil langkah akhir dengan meyertai polis.. sebabnya pekerjaan sekarang sangat susah dicari..


KENAPA??? 


KERANA MEREKA TIDAK DIBERI PELUANG.. KENAPA PERLU LANJUTKAN UMUR BAGI ORANG² PENCEN? BUKANKAH INI TIDAK ADIL BAGI ORANG² MUDA?


"ohh.. kamu tak ada pengalaman jadi saya tak boleh mengambil kamu bekerja di syarikat kami.."


bagaimana mereka nak ada pengalaman bekerja kalau mereka tak diberikan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka dengan mengaplikasikan apa yg mereka belajar di universiti dulu? biarlah orang² muda pula menunjukkan kebolehan mereka.. yg tua biarlah berehat saja di rumah.. mencari ilmu agama.. mengumpul harta akhirat pula.. menunaikan umrah dan haji.. bermain dengan anak cucu.. cukup² la bekerja, bagi peluang pada KAMI!


kadang² aku tertanya², kenapa mereka tak mempunyai pemikiran seperti ini? lepas tu buka isu tentang graduan yg menganggur, isu graduan memilih kerja.. rakyat ternyata lebih pandai untuk menilai.. mereka? hanya pentingkan diri sendiri.. fullstop!

Friday, September 9

The Manhattan Fish Market, Gurney Plaza!

semalam aku dan kawan² dinner di The Manhattan Fish Market.. walaupun poket masing² tengah kering, tapi kami gagahkan diri pergi makan kat sana. berlagak kan? ingat orang kaya ke apa! LOL.. walaupun mahal, makanan kat situ agak sedap! dory fish dia, yummayy! untuk seorang makan harga lebih kurang rm50. hambek kau! teringin punya pasal..

small grill..

with mahsroom soup & ice lemon tea..

semua pun order nak kena tiru aku.. haishh!

total?
rm46.15x3 & rm50.70x2
hah korang kira sendiri..


Monday, September 5

PETKNODE : kekejaman terhadap si comel!

korang pernah hantar kucing kesayangan korang ke mana² pet boarding centre tak? pernah dengar pasal PETKNODE? aku baru tau pasal perkara ni semalam dari status ayam ayem kat facebook. lepas aku click link yg beliau bagi. hati aku terus sayu dan pilu bila ada pihak yang menganiaya si kecil yg tak bermaya. ramai yang hantar kucing² kesayangan mereka di PETKNODE minggu lepas atas sebab musim perayaan. tapi tak sangka pihak yg diberikan kepercayaan untuk menjaga si comel ini mengabaikan tanggungjawab mereka. mereka dibayar untuk menjaga kucing² ini semasa ketiadaan tuannya. tapi malangnya, makan dan minum kucing² ini langsung tak diberikan. sampai ada yang mati. paling menyedihkan ada ibu kucing dan anaknya mati bersebelahan bagaikan berpelukan di dalam satu sangkar yang sama.


ya Allah! kenapa perkara² macam ni boleh berlaku? ke mana sifat² kemanusiaan yang ada pada diri mereka? atau mereka sebenarnya memang tak ada langsung sifat itu? atau lebih tepat sekali mereka ni berhatikan syaitan, bukan berhatikan binatang kerana binatang sendiri sayangkan anak mereka sendiri. tak tahukah mereka bahawa kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah? aku harap sangat pihak² berkuasa ambil tindakan terhadap mereka yg terlibat ni. denda kompaun langsung tak setimpal dengan apa yang telah mereka buat. pernah dengar tak tentang kes seorang tomboy (chow xiao wei) yg memijak anak² kucing sehingga mati dan hanya di denda sebanyak rm400.. setimpalkah? berbaloi ke dengan kemarahan rakyat malaysia tentang isu ini? di mana keadilan terhadap kekejaman binatang?


buat pertama kali aku melihat gambar² kucing yg teraniaya ni, hati tersangatlah sayu. marah! geram! mulut memaki hamun mereka yg terlibat. tapi apakan daya, aku tak dapat berbuat apa² melainkan berdoa agar yg terselamat cepat sembuh seperti sedia kala. dan berharap tuan empunya kucing yg di hantar ke PETKNODE dapat kembali kucing kesayangan mereka.


sayu.. sedih melihat kesengsaraan
yang ditanggung oleh si comel ini.. :'(

paling menyayat hati.. ibu dan anak mati
bersebelahan bagaikan berpelukan akibat kebuluran..

si kecil yang tak dapat bertahan akibat
kebuluran.. kekurangan air..sedih.. :'(

kurus kering.. alhamdulillah mereka terselamat..

PETKNODE akhirnya digeledah. menurut sumber berita, sebanyak 16 ekor kucing yang mati. semoga tuan empunya kucing yang mati tabah. bagi siapa² yang mahukan lebih info bolehlah ke laman facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. bagi yang ingin menjadi sukarelawan untuk menjaga kucing² ni buat sementara boleh hubungi admin KTAJ.


dari dulu lagi aku tak percaya pet shop yg ada servis untuk jaga kucing. aku sendiri pernah hantar kucing aku (doller), bila aku ambil balik, doller kurus macam tak makan. sejak² tu kami sekeluarga akan letak makanan dan air dalam kuantiti yang banyak kalau nak tinggalkan rumah dalam jangka masa yang lama. plus, kucing tak makan banyak pun. kita sendiri boleh agak kuantiti makanan si comel kita.

Doller.. si comel saya..



p/s: alhamdulillah.. masih banyak manusia yg berhati mulia jadi sukarelawan untuk menyelamatkan kucing² tu. dan bagi manusia² kejam yang makan duit haram tu, semoga mereka dilaknat Allah. ameen!


Happy Eid guys!

assalamualaikum semua! macam mana raya korang? mesti meriah kan? tahun ni aku beraya di perak. agak meriah juga sambutan kat rumah aku. saudara dari JB datang beraya di rumah aku. on off on off juga la aku online, sempat online pakai hp ja. siapa² yang hantar sms or inbox di facebook aku minta maaf banyak². tak sempat nak balas apa pun. di tambah pula dengan ketiadaan sen (kredit) untuk membalas. jadi aku balas kat sini je la, itu pun kalau korang baca.. :D


SELAMAT HARI RAYA SEMUA..
MAAF ZAHIR NO BATIN YER..
DUIT RAYA JANGAN LUPA!

raya tahun ni apa pun aku tak sempat nak buat. nak kata busy dengan kerja tak juga. aku banyak ke sana ke sini. bawa nenek aku pergi rumah pak teh, pergi kinta city la. gambar raya untuk tahun ni langsung tak sempat nak ambil. buka facebook mata naik berbulu je tengok gambar raya orang lain. sendiri punya gambar raya? ILLEKK~!

tapi aku sempat la ambil beberapa keping gambar secara tak sengaja.. tapi boleh dikira sebagai gambar raya juga kan? 

penuh penghayatan.. cayalah!

gila karaoke..

family dinner yaww!

the foods... yummayyy~!
the only picture yg sempat snap..