Wednesday, October 25

Lahirnya Mat Farrel Yang Dinanti

Assalamualaikum..

Finally aku buka jugak blog ni setelah dekat setahun lebih kosong tanpa ada apa-apa post. Last yang aku update pun pasal aku miscarriage dulu. April 2016 kalau aku tak silap. Huhu.

So harini nak bagitau sekalian alam bahawasanya, aku telah selamat melahirkan seorang putera yang dinanti pada 17 Ogos 2017 yang lepas. Alhamdulillah syukur. Setelah 8 bulan menanti lepas aku miscarriage, aku pregnant balik. Jujur aku bagitau, tiap-tiap bulan bila period lambat je mesti aku tergedik-gedik nak check UPT. Ada yang check senyap-senyap tak bagitau laki aku. Tapi end up asyik negatif jaaaa. Pernah la sampai tahap tak percaya UPT kit yg murah sebab asyik negatif, aku pi beli yang clearblue digital tu. Debar-debar aku tunggu result, last-last NOT PREGNANT. Nyesal dik non, hakak beli mahal pastu result macam tu. Haaa yang tu akak beli senyap-senyap. Huhu.

Perjalanan pregnancy aku bukanlah mudah macam orang lain. Banyak kali keluar masuk hospital. Hospital tu dah jadi macam rumah kedua aku dah. Check up pulak kat dua tempat berbeza. Kat Klinik Kesihatan Ibu Anak dan Klinik Pakar Hospital. Gula naik la BP naik la. Sebab aku ada GDM masa pregnant ni. Nak dekat-dekat beranak lagi laaa, tiap-tiap minggu kena gi check up dua-dua tempat ni. Sampaikan tiap kali check up aku punya takut kalau BP aku tinggi. Aku takmau kena admit weh. Seksa duduk kat hospital tu. 

Jadi disebabkan aku ada GDM, doktor pakar memang plan nak aku bersalin masa kandungan aku 38 minggu. So, masa minggu last check up, tiba-tiba BP aku boleh naik tinggi. Dah rest banyak kali pun masih tinggi. Aku pun tak tau kenapa. End up doktor suruh aku admit, katanya kalau kat wad masih tinggi, aku akan diinduce untuk paksa bersalin. Seram aku masa tu. Dalam hati, ehhh aku dah nak beranak ka? Dah boleh tengok muka anak ka esok? Hari yang sama tu aku kena tahan kat wad. Takdanya depa nak bagi aku balik ambil barang semua. Disuruhnya laki aku yang bawak barang dengan kereta aku nanti kat hospital. 

Masa kat wad aku kena observe kat bilik pre labour okay. Masuk-masuk semua nurse dengan doktor kelam kabut. Dah rasa macam aku nak beranak pulak. Dah la aku sorang je dalam tu. Tapi yang peliknya, kena tahan kat wad BP aku okay ja. Huhu. Kalau diikutkan aku boleh je balik tunggu tarikh serah diri masa 38 minggu. Masa scan pun baby estimated 3kg. Tapi disebabkan masa tu aku dah 37 minggu tepat, depa decide tak payah tunggu 38 minggu sebab berapa hari je lagi. Takut baby makin besar pun satu hal. Aku dah blur masa tu. Semua aku serahkan kat pakar. Maka esoknya 37minggu 1 hari bermulalah episod aku mula di induce.

Sakit kena seluk tu jangan tanya macam mana. Memang rasa nak terajang doktor yang seluk tu. Ubat pertama dah masuk, kena tunggu 8 jam. Result ubat pertama, hanya buka 1 cm. Esoknya 37 minggu 2 hari masuk pulak ubat kedua, resultnya jalan buka 3 cm. Hari seterusnya 37 minggu 3 hari, aku ditolak masuk labour room untuk dipecahkan air ketuban. Well, lepas dah pecah tu aku rasa lega sangat. Serioussssss.... Kalau tak perut tu asyik rasa cekang je. Haaa masa ni datang la doktor pakar bius terangkan pasal epidural. Aku takda pikir panjang dah, memang minta terus la epidural tu. Jadinya sepanjang aku kat LB memang aku tak rasa sakit walaupun ada contraction. Senang cerita aku tak rasa sakit contraction langsung. Lepas 8 jam tunggu, doktor check bukaan jalan hanya 5cm saja. Nak tak nak aku terpaksa kena emergency ceaser. Redha je la aku masa tu. Sampai dalam OT, paling aku benci bila lampu operation yang hala kat aku tu, aku boleh nampak pantulan dari celah-celah besi tu setiap apa yang doktor tu buat. Bayangkan aku boleh nampak macam mana depa belah, jahit semua. Aku siap pandang tepi sebab tak sanggup nak tengok. Saat paling tak dapat nak aku gambarkan bila dengar anak aku menangis dan doktor cakap baby awak dah keluar dah. Aku nampak biru je kulit anak aku. Yela baru keluar dari perut kan. 

Maka lahirlah zuriat Farazzatul Nadariah dan Mohd Ilham Firdaus pada tanggal 17 Ogos 2017 (37 minggu 3 hari) seberat 3.34 kg pada pukul 4.57 petang. Diberi nama Muhammad Farrel Aulian Bin Mohd Ilham Firdaus. Anak soleh yang akan mendoakan aku dan suami aku kelak. Semoga anak mama membesar dengan sempurna dan bijak akal fikiran. Banyak kejadian yang mama tempuh sepanjang lahirnya anak mama ke dunia. Semoga mama juga tabah hadapi semua ni. Alfatihah buat arwah nenek awak. Belum sempat nenek peluk cium awak, nenek dah tinggalkan kita. 


No comments: