Wednesday, June 24

Selamat Berpuasa :)

Hai assalamualaikum..

Harap masih belum terlambat untuk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan pada semua umat Islam di seluruh dunia. Lately bila nak menaip kat blog, ulat malas makin menjadi-jadi dalam diri ni. Plus sibuk dengan kerja-kerja hakiki kat office tu. Stress pun ada bila fikir balik. Sigh~

So macam mana puasa uolls? Alhamdulillah, aku masih belum kandas so far. Hehe. Tapi agak lemau juga nak biasakan diri untuk puasa sebab dah lama tak praktikkan. Bila berbuka, makannya sikit nauuu.. ayaq yang berkoyan-koyan. Cuaca panas sangat lately. Badan dehydrated.

Okay, actually ni entry merepek namanya. Main taip ikut dan sebab takda perancangan pun nak menulis. Just aku agak pelik dengan perangai aku lately ni. Cepat nauu naik angin tak tentu pasal. Silap sikit mula aku nak menganginkan diri ini. Huhu. Pasal kena bawa kereta pun aku naik angin. Padan muka Encik Ilham. Awak silap besar la. Next time jangan mungkir janji. Hambek 2 hari aku tak bercakap dengan dia. Bwahaha!

Actually ada certain benda yang aku tak suka juga. Biar aku tulis kat sini. Sebab aku tau Encik Ilham akan baca. Kan Kan uuuu? LAMBAT/LEWAT ! Haaa ingat tak macam mana saya naik angin bila awak datang lewat dengan tak inform awal-awal? Penat tau tunggu! Well awak kena tau. Saya ni seorang yang sangat punctual. Sebagai bukti, punch card saya tak pernah merah ye! Saya tahu macam mana meluatnya kita tunggu orang, so saya seboleh-bolehnya akan elakkan dari membiarkan orang tunggu saya. Please take note okay. Nak jadi laki orang dah kan?

Setakat ini saja untuk hari ni. To be continue...


No comments: