Thursday, May 7

Kesimpulan Tersimpul Mati

Assalamualaikum..

Kini ku kembali. Dah lama rasanya tak menulis. Malam ni baru ada masa nak menulis. Tu pun sebab esok cuti sempena election day kat Permatang Pauh. Ouhhh terima kasih Abang Eng sebab bagi cuti. Sememangnya minggu ni mood bekerja hilang dek kerana cuti hujung minggu yang agak lama.

So siap sedia la membaca penulisan aku yang mungkin agak jiwang dan boleh membuatkan korang muntah hijau ketika membaca. Haha. Macam pandai pulak aku nak berjiwang bagai kan. Well, macam post sebelum ni aku ada share pasal jodoh pertemuan kan? Sampai ramai kecam aku sebab kononnya aku nak sorokkan Encik Kura-kura aku tu. Ayyyooo.. Mengapakah? So sekarang ni aku takda dah rahsia-rahsia. Sila buka FB aku dan lihat sendiri ye kawan-kawan sekalian. =)

Setelah hampir 7 bulan mengenali Encik Kura-kura, ada beberapa kesimpulan yang dapat aku simpulkan ikat mati.

1. Heavy smoker. Aku notice bila keluar dengan dia, banyak betul rokok disedut. Kadang terasa macam nak sita kotak rokok dia. Tapi aku tak gamak la nak buat macam tu. Tak mau la jadi macam sorang kawan aku tu, Buat rampasan terus kotak rokok BF dia. Huh. Sebab bagi aku, dah besar dan tau baik buruk. Kalau ada intention nak quit baguslah. Well, ku tunggu saat cincin disarung ke jari aku dan dia akan berhenti smoking. Siap sedia lah ye. Counting daysss....

2. Sombong bila dengan kawan-kawan. Baru-baru ni geng 1987 aku ada buat mini reunion di Port Dickson. Ku peraaaaaatiiii je perangai mamat ni. Ooooo buat tak tau kat aku yehhhh. Fineeee aku pon boleh buat tak reti. Takmau cakap sudahhhh! Jangan cakap dengan I okehh! Bwahaha.. tapi seriously masa tu sedikit tersentap kat hati. Rasa malas nak join semua aktiviti yang ada. Nak lepak sensorang dalam bilik sambil layan drama kat TV lagi bagus. Sekali lagi buat siap ahhh!

Perkenalkan,, Ini Geng 1987 aku,
Kami dari mulanya masing-masing tak kenal
Tapi sekarang semuanya dah rapat
Ada beberapa orang yang takda turut serta masa ni
Nanti kita plan reunion lagi sekali ok :)

3. Sangat protective. Actually mini reunion tu terjadi sebab kebetulan aku ada exam kat HQ Putrajaya. So alang-alang aku kat sana hari Isnin dan Selasa tu. Kami plan untuk berkumpul hari Sabtu dan Ahad tu sama-sama dengan geng 1987 buat pertama kalinya. So Encik Kura-kura kata nak hantar dan teman aku sampai Selasa. Terharunya aku masa tu T-T. Walaupun aku tertegas jugak boleh balik sendiri naik bas. Tapi dia tetap berkeras tak kasi balik naik bas. Hehehe. Tenkiuuuu shayangg! =)

4. Malas order makan! Nasib baik la aku ni anak sulung yang sentiasa suka beralah. Suka tak suka aku pegi jugak la order makan dan minum setiap kali. T-T pembuli.....

5. Pendengar yang baik. Semua perkara memang aku dahulukan dia dahulu. Dia ibarat tempat aku luahkan dan berkongsi. Walaupun kadang-kadang ber-argue juga sesama sendiri. Macam malam ni, aku baru lepas argue dengan dia. Haha. Hilang mood terus. Tu yang bukak laptop dan menaip. Ekekeke..

6. Dia selalu buat aku ketawa. Sometimes apa yang dia borakkan boleh buat orang ketawa. Itu diakui sendiri oleh kawan-kawan dalam group aku. Itu yang menambat hati aku, mungkin. =) Memang tak sangka. Indah sungguh aturan yang Allah dah aturkan buat hambaNya.


Cinta di Kedai Dobi
Haha

No comments: