Assalamualaikum...
Well lately ni asyik pikir bab kawen. Mana nak simpan duit lagi. Mana nak buat persiapan lagi. Hantaran la. Mas kawen la. Huihhhh. Masa dulu takmau pulak pikir pasal benda-benda ni semua. Asyik enjoy shopping huha sana sini. Bila time nak serious macam ni baru macam ah nyesalnyaaaaa tak simpan duit. Wuuu T-T padan muka aku.
Semalam borak panjang dengan si dia. Macam mana nak solve benda ni. Apa solution nya. Tapi end up aku rasa memang sama-sama kena simpan dan adakan duit untuk persiapan nak kawen. Baru ingat nak cucuk mama mintak sponsor. Alaaaaa mama.. im the only one daughter kan. Tolong la sponsor sikit2. Pasni memang kena buat akaun simpanan bersama. Sama-sama simpan duit dalam 1 akaun. Beheheee.
Ada jugak kawan-kawan yang nasihat aku macam-macam. Thanks kawan! Betul cakap ampa. Kehidupan lepas kawen tu lagi penting dari dok pikir beban kewangan untuk kawen. Buat simple pun dah okay. Kalau susah sangat aku nak je buat nikah gantung. Haaaa senang. Ada duit baru buat kenduri bagai. Tapi yessssss banyak pembangkang! Tak elok la... Satgi sanding pregnant la.. ayyyooo perenggg~
Betul la orang cakap. Kita memang kena ada sesuatu yang boleh memotivate kan kita baru sesuatu yang kita nak tu tercapai. Okay sayang, sila motivate I untuk simpan duit dan kurang kan aktiviti shopping I lepas ni. Haha~ Sila motivate I untuk kurus jugak lepas ni. Kikikihh.. Mohon untuk tak paksa I makan masa keluaq dengan U. Sebab I diet. Haha. Sama-sama kita simpan duit untuk masa depan kita naaaa~ =)
Lelaki misteri. Bwahaaa~ |
No comments:
Post a Comment