Saturday, March 14

Kawen-kawen ~

Assalamualaikum...

Well lately ni asyik pikir bab kawen. Mana nak simpan duit lagi. Mana nak buat persiapan lagi. Hantaran la. Mas kawen la. Huihhhh. Masa dulu takmau pulak pikir pasal benda-benda ni semua. Asyik enjoy shopping huha sana sini. Bila time nak serious macam ni baru macam ah nyesalnyaaaaa tak simpan duit. Wuuu T-T padan muka aku.

Semalam borak panjang dengan si dia. Macam mana nak solve benda ni. Apa solution nya. Tapi end up aku rasa memang sama-sama kena simpan dan adakan duit untuk persiapan nak kawen. Baru ingat nak cucuk mama mintak sponsor. Alaaaaa mama.. im the only one daughter kan. Tolong la sponsor sikit2. Pasni memang kena buat akaun simpanan bersama. Sama-sama simpan duit dalam 1 akaun. Beheheee. 

Ada jugak kawan-kawan yang nasihat aku macam-macam. Thanks kawan! Betul cakap ampa. Kehidupan lepas kawen tu lagi penting dari dok pikir beban kewangan untuk kawen. Buat simple pun dah okay. Kalau susah sangat aku nak je buat nikah gantung. Haaaa senang. Ada duit baru buat kenduri bagai. Tapi yessssss banyak pembangkang! Tak elok la... Satgi sanding pregnant la.. ayyyooo perenggg~

Betul la orang cakap. Kita memang kena ada sesuatu yang boleh memotivate kan kita baru sesuatu yang kita nak tu tercapai. Okay sayang, sila motivate I untuk simpan duit dan kurang kan aktiviti shopping I lepas ni. Haha~ Sila motivate I untuk kurus jugak lepas ni. Kikikihh.. Mohon untuk tak paksa I makan masa keluaq dengan U. Sebab I diet. Haha. Sama-sama kita simpan duit untuk masa depan kita naaaa~ =)

Lelaki misteri. Bwahaaa~

Tuesday, March 3

Pendam Atau Luahkan?

Assalamualaikum..

Hai korang semua. Rindu I tak? Bwahaaha.. sekarang aku berada di ILSM. Syok sikit rasa online dengan PC setelah sekian lama tak online dengan PC. Cerah bijik mata baca setiap perkataan. Kalau tak alahaiiii kecik benau la baca kat handphone.
 
Okay, aku ada story sikit nak share pada orang-orang yang terbaca entry aku kali ni.

"Hey u ! I suka kat u lah. I nak share semua perkara tentang diri I dengan u! U sudi tak?"
 
Well, tu hanya boleh suarakan dalam hati je la. Bwahaaa. Gila kalau bagitau terus depan-depan. Menangis terduduk aku karang kalau kena reject. Oh mak tak sanggup noks!
 
Pendam perasaan tentang cinta?
Hmmmpphh~ orang kata kalau dah suka atau cinta tu jangan dipendam lama lama. kalau dah terlepas, diri sendiri jugak yg merana. Masa tu nak menangis air mata darah sekali pun dah tak guna lagi dah. Kalau dah jadi suami/isteri orang takkan kita nak runtuhkan masjid orang lain? Dosa oooohhh! Tapi kalau pendam siang malam asyik duk fikir ja pasal ni. Hari-hari duk tunggu text orang tu. Haha. Apakah??? Tak tenteram langsung perasaan macam ni. Adoi!
 
Atau nak luahkan saja?
Macam mana pulak rasa sakitnya bila kita luahkan perasaan but then cinta bertepuk sebelah tangan..? Kalau kena tolak secara softskill takpa la jugak kan. Cuba kalau kena tolak macam barang rosak yang dicampak dalam tong sampah? Ditambah pulak sebelum meluahkan perasaan tu kita berkawan dengan si dia, tapi lepas luahkan ja terus jadi lawan. Kalau jumpa ja memasing muka masam. Mati kutu tak tau nak sembang apa dah. Tak macam selalu. Nak gurau-gurau pun dah tak boleh. Urghhh! I cannot imagine ~
 
Okay sekarang aku nak tanya. Let say situasi ni berlaku pada korang. Apa yang korang akan buat? Pendamkan saja dan tengok dia happy-happy dengan orang lain atau luahkan saja perasaan korang tu? Tentang aku pulak, aku ni jenis pemendam! Ada masalah ke, sakit ke, apa-apa saja. Aku pendam sorang-sorang. Tak reti pulak nak share-share unless dipaksa untuk bercerita. Mwahaha~ So kawan-kawan, tolonglah bantulah aku. Bagi nasihat sikit kat aku yang dilanda ke-confuse-an tika ini. Hehe. Cau!
 
 
kata HAMKA "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, is laksana setitis embun yang turun dari langti, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji"